Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

Tradisi Pengantin Hantu di China

Pernikahan hantu turun temurun dalam budaya China (ilustrasi)
Dalam tradisi China, seorang yang pemuda yang meninggal sebelum berkahwin tidak dapat berkeliling akhirat sebelum berkahwin. Maka, mayat seorang pemuda harus dinikahkan lebih dulu agar tidak berkeliling di akhirat bersama pasangannya.

Seorang wanita asal Provinsi Hebei, dekat Beijing, menjadi 'pengantin hantu' selepas kematiannya pada bercuti Imlek. Keluarganya memutuskan untuk menjual mayat gadis ini dan dinikahkan dengan mayat seorang pemuda.

Meskipun Mao Tse Tung cuba membuang amalan itu ketika Parti Komunis berkuasa pada 1949, pasaran gelap para pengantin jenazah di China tetap berlangsung hingga ke saat ini.

Seperti dimuat dalam Telegraph, mayat si gadis dijual bernilai £ 3.500 untuk menjadi mempelai pada sebuah perkahwinan roh. Selesai pernikahan, tubuh keduanya kemudian dikebumikan bersama.
Namun, sekumpulan pencuri mayat kemudian menggali kubur dan menjualnya untuk dijadikan mempelai roh seorang bujang yang meninggal di kota lain dengan harga yang agak lumayan. Polis tempatan berjaya menangkap si pencuri.

Pada tahun 2007, seorang lelaki ditangkap selepas membunuh dan menjual enam wanita sebagai pengantin roh. Dia mendakwa, "membunuh dan menjual tubuh lebih mudah daripada mencurinya dari kuburnya.

Begitulah bila perkara sudah menjadi adat dan kepercayaan.

Wassalam, Wa'allahhualam.

 

3 [ Komen ] [ Tinggalkan Komen Anda ]:

  1. gila lah...kepercayaan yg gila..bleh lak nk kwin mayat..kih kih kih

    BalasPadam
  2. Nak buat macam mana dah kepercayaan mereka...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, komen anda sangat dihargai.

JANGAN LUPA KLIK! PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
ARTIKEL TERKINI DAN MENARIK !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...