Waktu Solat Hari ini : Jerantut, Maran, Temerloh, Chenor Dan Bera.
ARTIKEL UTAMA

Pertama di Dunia, Cili Berasa Manis dan Tanpa Biji.


Pedasnya cili kerap menjadi pembuka selera makan. Bagi yang tak suka pedas, kini sudah ada cili tanpa biji yang rasanya manis.

Cili jenis baru yang diberi nama Angello ini adalah hasil projek penyelidikan Syngenta, institusi di Inggeris yang bergerak di bidang makanan. Selama 15 tahun, mereka mencari cara agar cili boleh diambil oleh semua pecinta masakan - tak hanya bagi mereka yang suka pedas.

Ditanam di Sepanyol, Israel, dan Belanda, cili varian baru ini didakwa mempunyai tekstur yang lebih rangup jika dikunyah. Cili ini juga mengandungi brix 25 peratus lebih tinggi daripada cili biasa. - Brix biasa digunakan untuk mengukur kadar manis pada buah-buahan dan tanaman.


Seperti dipetik dari dailymail, Jumaat (9/12/2011), Marks & Spencer adalah rangkaian kedai yang pertama di dunia memasarkan cili tanpa biji. Dengan rasa yang manis, cili ini diharapkan tak sekadar menjadi salah satu bahan masakan.

"Kami berharap masyarakat boleh membawanya untuk berkelah, menjadi alternatif snek, atau bahkan salah satu menu bekal sekolah," ujar Zeina Orfali dari Marks & Spencer.

Per 4 Disember 2011 lalu, rangkaian Marks & Spencer di Inggeris sudah memasarkan Angello dengan harga 1.79 pound sterling.


AAP - Gamaknya akan hilang jugalah peribahasa "Siapa yang makan cili dialah yang akan merasa pedasnya" :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 [ Komen ] [ Tinggalkan Komen Anda ]:

  1. salam Yassin..
    kalau dah manih tu bukan cili
    "ceri" namanya..he he..salah bagi
    mat saleh nih..la la

    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  2. hilang lah kehebatan cili te
    bila jd manis pulak :)

    BalasPadam
  3. Assalam..
    Itu bukan cili namanya kalau dah manis...
    Walaupun dikatakan manis, tak berani saya nak gigit...

    BalasPadam

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen, komen anda sangat dihargai.

JANGAN LUPA KLIK! PESANAN PENAJA BLOG AKU ANAK PAHANG
[ KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA & HOME ]
ARTIKEL TERKINI DAN MENARIK !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...