Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Dis 2011

Tidur Dengan Kaki Berbau Menarik Perhatian Nyamuk !

Jika pergi ke hutan atau kawasan endemik penyakit berjangkit melalui nyamuk, pastikan agar kaki anda tetap bersih. Sebuah kajian mendapati, nyamuk yang menyebarkan penyakit lebih tertarik pada beberapa jenis bakteria yang tumbuh di kaki manusia.

Bakteria ini mengeluarkan bau yang sangat menarik bagi serangga sehingga meningkatkan risiko digigit nyamuk. Namun, sebahagian individu mempunyai perlindungan khusus terhadap berkembangnya pelbagai macam bakteria di kaki.

Penemuan yang diterbitkan dalam jurnal dalam talian Public Library of Science ONE, diharapkan dapat mencegah malaria dan serangga penyebar penyakit dengan menukar aroma badan.


Kajian Penulis, Dr Niels Verhulst, dari Wageningen University di Belanda menulis, "Senyawa yang menghalang pengeluaran mikrob aroma tubuh manusia, atau manipulasi mikrob di kulit boleh mengurangkan minat nyamuk untuk menggigit manusia," ujarnya dipetik Daily Mail.

Selama kajian, penyelidik mengambil sampel peluh dari telapak kaki 48 sukarelawan lelaki kulit putih dengan usia 20-64 tahun. Sebelum mula, peserta kajian diberitahu untuk tidak minum arak, makan bawang putih, bawang merah, makanan pedas, mandi atau menggunakan kosmetik wangi. Mereka juga diperintahkan untuk memakai stoking kaki nilon khas yang disediakan oleh pasukan penyelidik selama 24 jam sebelum pengambilan sampel.


Dalam siri percubaan, para penyelidik menguji daya tarikan sampel yang berbeza dengan Anopheles gambiae dari Liberia, Afrika, kawasan endemik malaria. Aroma kaki yang bau ternyata lebih menarik bagi nyamuk malaria Anopheles gambiae yang menjadi pembawa penyakit malaria.

Para Ilmuwan mendapati, nyamuk jauh lebih tertarik pada kaki dengan jumlah bakteria staphylococcus yang paling tinggi. Tiga jenis bakteria lain juga menarik serangga, sementara dua yang lain, iaitu Variovorax dan Pseudomonas, mempunyai kesan bertentangan dan menolak nyamuk.

"Kaitan antara penduduk mikrob di kulit dan daya tarik bagi nyamuk boleh digunakan membangunkan atraktan nyamuk yang baru dan kaedah perlindungan terhadap vektor malaria dan penyakit berjangkit lain," tulis saintis. Sumber asal kreadit : VIVAnews


AAP - Moralnya juga orang tua-tua dahulu sering kali berpesan dan menyuruh kita membasuh kaki terlebih dahulu sebelum tidur, ada sebabnya.. bukan sahaja kita tidak tidur didalam keadaan kotor serta mengelakan kita daripada gangguan mimpi yang buruk :) Paling penting juga bila kaki kita bersih pasti kita tidak digigit oleh nyamuk bawaan penyakit :)

Kaki yang ditumbuhi bakteri tertentu mengeluarkan bau yang menarik perhatian bagi nyamuk. Paling penting pastikan kaki kita telah dibasuh terlebih dahulu sebelum tidur :)


Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

6 ulasan:

  1. betul tu, kalau mak sya dulu dia kata basuk kaki kalau tak mengigau, sebenarnya basuh kaki, sebab kaki kita kan dah kotor hitam tapaknya kan? wajiblah basuh dulu supaya tilam tak kotor

    BalasPadam
  2. Kasihibu - Betul.. org tua2 dahulu mmg dah selalu pesan kat kita basuh kaki sebelum tidur ada sebab menesababnyakan :)

    BalasPadam
  3. salam..
    bukan nyamuk je nih..
    koi rasa ulor,tikus pun
    suka kaki berbau nih


    www.zulkbo.com

    BalasPadam
  4. kalau kaki jenis berbau ni
    pakai setokin
    pastu rendam dlam sungai
    buaya pun timbul weh :)

    BalasPadam
  5. sapa ada cagu bole le buat umpan nyamuk, nak tunggu dengan spray nii

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<