UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

15 Dis 2011

JABATAN BEKALAN AIR (JBA PAHANG) DIKORPORATKAN FEBRUARI 2012

KUANTAN: Jabatan Bekalan Air Pahang (JBAP) akan dikorporatkan pada 1 Februari tahun depan. Satu majlis perjanjian pengkorporatan antara kerajaan negeri Pahang dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) ditandatangani hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menandatangani perjanjian berkenaan bagi pihak kerajaan negeri, manakala PAIP diwakili ahli lembaga pengarahnya, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
Adnan berkata, menerusi perjanjian dan pengkorporatan berkenaan, kerajaan negeri bersetuju menyerahkan urusan merawat, membekal, mengagih dan mengutip hasil air bersih kepada PAIP (fungsi yang selama ini dilaksanakan JBAP).

Beliau berkata, tujuan pengkorporatan berkenaan ialah supaya PAIP dapat meningkatkan kecekapan operasi bekalan air dengan memberi fokus kepada bidang yang akan meningkatkan hasil seperti mengurangkan air tanpa hasil, memperkukuhkan aktiviti penguatkuasaan dan kutipan.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis perjanjian pengkorporatan itu.Adnan berkata, PAIP adalah syarikat di mana 100 peratus pegangannya dimiliki kerajaan negeri Pahang."Kerajaan negeri masih bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air, kawasan tadahan dan takungan," katanya. Adnan berkata, kerajaan negeri juga akan menyumbang RM50 juta setahun kepada PAIP bagi menanggung kos operasi mereka.

"Hasil (perbekalan dan jualan air besih) sebelum ini ialah RM110 hingga RM114 juta setahun, tanggungan defisit ialah antara RM46 hingga RM50 juta setahun."Kerajaan negeri akan menyumbang RM50 juta setahun kepada PAIP sehingga mereka berjaya meningkatkan kecekapan atau mengurangkan defisit dalam operasinya," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata di bawah pengstrukturan semula itu, pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) berjumlah RM1.7 bilion akan diambil alih sepenuhnya PAIP."Kerajaan negeri memohon supaya PAIP diberikan diskaun sehingga 70 peratus. Setakat ini PAAB setuju berikan diskaun antara 48 hingga 52 peratus.

"Kita akan terus memohon kepada kerajaan persekutuan supaya PAAB memberikan diskaun yang lebih lagi kerana pinjaman yang dilakukan sebelum ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air kepada rakyat," katanya. - BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

3 ulasan:

  1. Selamat datang ke dunia Koprat Sin..

    BalasPadam
  2. deme jadi org koperat yek nanti
    harap mutu air dipahang bertambah jugak nanti

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :