Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

16 Dis 2011

10 PERKARA REMEH KETIKA MEMANDU SERING MENYEBABKAN KEMALANGAN !

Banyak perkara remeh yang kita lakukan semasa memandu yang kelihatan agak remeh dan kecil. Namun amat  membahayakan jiwa kita serta menyumbangkan kemalangan. Hampir 80 peratus kemalangan kereta disebabkan hilangnya konsentrasi dan tumpuan kita pemandu.

Pungutan suara dalam talian yang disurvei terhadap lebih dari 2.800 orang dewasa Amerika, mencari beberapa perkara remeh yang mereka lakukan semasa memandu yang mana boleh menyebabkan kemalangan. Adakah anda juga sering melakukan hal-hal seperti ini ketika memandu?

Beberapa perkara dibawah ini sebaiknya di elakkan semasa anda memandu sayangi nyawa anda dan orang lain. Dibawahan ini diantara beberapa perkara kecil yang sering dilakukan oleh kita.

1. 86 peratus responden berkata aktiviti makan atau minum selama memandu menjadi faktor utama terjadinya kemalangan. Misalnya saja, makan makanan kecil selama memandu akan menaikkan risiko 2,6 kali ganda mengalami kemalangan.

2. 59 peratus responden mengatakan setuju bila berbincang di telefon bimbit tanpa mengenakan peranti hands-free berisiko hingga 6 kali ganda mencetuskan kemalangan.

3. 41 peratus yang lain juga meyakini kemalangan boleh berlaku kerana pemandu sibuk mengeset GPS.

4. 37 peratus responden juga sependapat bahawa menaip mesej SMS atau BBM selama memandu juga boleh menimbulkan kemalangan bahkan hingga 23 kali ganda.


 5. 44 peratus responden juga menyakini kemalangan boleh berlaku apabila pemandu berada di bawah pengaruh minuman beralkohol.
 
6. 20 peratus berlakunya kemalangan kerana melakukan aktiviti menyikat rambut, khususnya wanita, di mana rata-rata 10 peratus mengaku sering melakukannya. Selain itu, 7 peratus lain kerana melakukan aktiviti make-up semasa memandu.


7. 13 peratus pemandu mengaku mereka sering bermain internet selama memandu kereta dan 90 peratus di antaranya mengakui sering melakukannya.

 
8. 36 peratus responden menambah membaca peta untuk mengetahui lokasi juga membantu menurunkan tumpuan sepanjang memandu.


9. 7 peratus responden bersetuju bahawa menonton video atau TV di peranti DVD player kereta juga boleh menyebabkan kemalangan.


10. Merokok juga boleh menyebabkan hilang tumpuan ketika memandu, semasa mereka ingin mencucuh apinya atau menghidupkan puntung rokok tersebut.

Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang !

Wassalam, Wa'allahhualam. Salam hormat dan ikhlas daripada :

3 ulasan:

  1. boleh dikatakan semua diatas biasa dilakukan
    kena ubah tabiat la pasni :)

    BalasPadam
  2. AUC- Kena buang tabiat tak baik tu yak :)

    BalasPadam
  3. salam Yassin..
    betul tu..pandu cermat
    jiwa selamat..berhati2 bila
    memandu..malang tak berbau

    BalasPadam

BLOG INFORMASI | BERITA | PENGETAHUAN | SEJARAH | TOKOH | PAHLAWAN | ADAT RESAM & KEBUDAYAAN | NUMISMATIK & MATAWANG KONGSIKAN PANDANGAN ANDA BERSAMA KAMI.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!