UPDATE ENTRI TERKINI : AKU ANAK PAHANG

7 Jul 2009

SEJARAH PAWANG NONG ULU CHEKA, JERANTUT

Mungkin sekadar tau nama tapi tak penah tengok wajah Pawang Nong, jadi sini saya sertakan gambarnya sekali. Pawang Nong ini antara pawang yang amat terkenal sekitar Jerantut dan Kuala Lipis, penuh dengan berbagai ilmu kebantinannya. Kehebatannya sukar dicari ganti.

Sedikit info nama Cheka - asal dari perkataan cheke (loghat dari daerah) iaitu mengalami muntah2 kecil akibat tersalah makan daripada makan yang bercampur baul dengan yang lain yang menyebabkan muntah kecil disebut cheka. Sedikit sumber yang penah dicerita secara lisan daripada orang-orang tua terdahulu tentang kehebatan Pawang Nong.

Pawang juga bermakna seseorang yang pandai , berkebolehan dan banyak ilmu kebatinannya termasuk mengubati org dan juga mempunyai kelebihan ilmu kebatinan yang lain hilang ghaib dan sebagainya sehingga berhubungan dengan makhluk lain jin dan seumpamanya. Antara lain kehebatan beliau yang penah diceritakan secara lisan beliau dapat memagari kawasan kampung daripada kelihatan oleh tentera Jepun dengan kata lain perkataan pihak musuh tidak akan nampak dimana kampungnya. Sehingga pandangan mereka nampak hutan sahaja. Cerita lisan yang penah diceritakan akan kehebatan beliau bila mana beliau penah di tangkap oleh tentera komunis diikat dengan rantai bersama anaknya ketika belia hanya membiarkan sahaja sehingga beliau dibawa kesatu tempat mungkin sudah melewati batas kesabarannya beliau dengan sekali sentap sahaja rantai besi yang mengikatnya telah lucut drp tangannya.

Kehebatan anaknya ketika tidak kurang hebatnya dengan sekali tepukan pada meja yang dibuat daripada kayu telah seakan hancur berkecai. Pada masa yang sama juga komunis sudah tidak berkata apa-apa semuanya meninggalkan dua beranak tersebut. Kehebatan lain yang penah diceritakan bagaimana beliau dapat menghapuskan syaitan yang bergelar org minyak yang dengan ilmunya itu. Serta bagaimana kisah beliau boleh meminjam peralatan seperti pinggang mangkuk daripada org halus (org bunian) utk kegunaan penduduk kampungnya bila mana mereka ingin membuat majlis kenduri dan sebagainya.

Malang tradisi ini tidak dapat diteruskan walaupun ketika hayat beliau masih ada kerana perjanjianya dengan makhluk tersebut telah dilanggar, pinggang mangkuk yang pecah masti dipulangkan macam mana sekali pun keadaanya, ada diantara penduduk tidak mengindahkan perkara ini ada diantara mereka terus membuangkannya sahaja lantaran mereka sendiri yang menlanggar perjanjian ini walaulupun telah dinasihatkan oleh beliau.

 
 
Diatas jasa-jasa dan kehebatan serta penghormatan kepada beliau pihak Inggeris ketika telah menganugerahkan dua Bintang kebesaran Kerajaan Britsh kepadanya. Anugerah bergitu tinggi nilanya kerana tidak semua org mampu untuk memilikinya. dan diatas sumbangan bakti beliau sebuah sekolah telah mengabadikan nama beliau sekolah di kampungnya di beri nama Sekolah kebangsaan Pawang Nong Ulu Cheka Jerantut .

Wassalam. Wa'allahhualam.
Salam hormat daripada : akuanakpahang

2 ulasan:

  1. salam. saya terbaca nama pawang nong dalam siri bercakap dengan jin.


    sekarang saya setiap minggu ke jerantut melawat wife saya.

    berdekatan pasaraya TF di bandar jerantut ada bulatan kecil dan dinamakan sempena nama beliau.

    saya ada bertanya anak jati jerantut jika kenal pawang nong dan jawapannya tidak.

    * pawang nong juga terkenal kerana kebolehan menjinakkan buaya kan??

    BalasPadam
  2. Salam, mungkin juga yang anda bertanya itu bukan di kalangan penduduk tempatan :)

    BalasPadam

PERINGATAN: Blog Aku Anak Pahang tidak bertanggungjawab terhadap mana-mana komentar yang diutarakan melalui laman blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

KLIK PERCUMA DAPATKAN INFO SELANJUTNYA.

SENARAI ENTRI TERKINI :

RUJUK ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :