MAIN MENU

Footer Pages

17 Mei 2026

PAWANG NONG MENERIMA PINGAT PESURUHJAYA TINGGI BRITISH SIR GERALD TEMPLAR 1950AN

PAWANG NONG

Allahyarham Pawang Diraja Haji Nong Taib Bin Santan menerima pingat daripada Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Gerald Templar, pada tahun 1950an dahulu.

Allahyarham Pawang Nong adalah salah seorang tokoh persilatan dan ilmu batin yang terkenal di Negeri Pahang Darul Makmur. Semasa muda, beliau dikatakan pernah sama-sama menuntut ilmu dengan Allahyarham Mat Kilau. Pada tahun 1907, beliau bersama beberapa rakan telah meneroka kawasan Hulu Cheka di Jerantut. Beliau meninggal dunia pada tanggal 11 November 1977 ketika berusia 112 tahun.

Antara kisah beliau yang masyhur adalah peristiwa beliau menangkap orang minyak di Jerantut. Orang minyak itu dikatakan telah memukau & merogol anak gadis serta isteri orang. Kejadian tersebut berlarutan sehingga pihak polis pun gagal menanganinya.

Oleh kerana keadaan itu sudah tidak dapat dibendung lagi, orang ramai mula meminta bantuan Allahyarham Pawang Nong.

Tidak lama kemudian, orang minyak tersebut berjaya ditangkap selepas kalah bertarung dengan Allahyarham Pawang Nong. Orang minyak itu dihukum pancung dan ditanam pada malam yang sama. Allahyarham Pawang Nong merahsiakan gerangannya agar waris-waris orang minyak itu tidak mendapat aib.

Selain kisah ini, Allahyarham Pawang Nong juga turut diingati atas jasanya menangkap 200 pengganas komunis. Atas sebab itulah, pihak British telah menganugerahkan pingat Member Of The Most Excellant Order Of The British Empire (MBE) kepadanya dan pihak Kerajaan Negeri Pahang juga ada mengabadikan nama beliau pada sebuah sekolah bernama Sekolah Kebangsaan Pawang Nong di Hulu Cheka, Jerantut.

Sumber : Laman sesawang Negeripahang.com 
Gambar :  Di warnakan dan di olah semula oleh : akuanakpahang.blogspot.com 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.