MAIN MENU

Footer Pages

1 Jan 2025

TEROWONG GENTING SEMPAH PERTAMA DI MALAYSIA


TEROWONG GENTING SEMPAH PERTAMA DI MALAYSIA

TEROWONG GENTING SEMPAH PERTAMA DI MALAYSIA



TEROWONG JALAN RAYA PERTAMA DI MALAYSIA.
Tahukah Anda Nama GENTING SEMPAH Diambil Sempena Daripada Singkatan "SEMpadan PAHang" (SEMPAH)

Disingkatkan Menjadi SEMPAH.
Terowong Jalan Raya Di Genting Sempah Merupakan Terowong Yang Pertama Dibina Di Malaysia Dan Ia Telah Dibuka Pada Tahun 1979. Lokasinya Terletak Di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak Iaitu Jalan Yang Menuju Ke Negeri Pahang.

Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia Ini Adalah Sepanjang 900 Meter Dan Dibina Bertujuan Menghubungkan Negeri Selangor Dan Pahang Dimana Ianya Dapat Menghubungkan Kawasan Gombak, Selangor Dengan Genting Sempah, Pahang.

Tempoh Pembinaan Terowong Jalan Raya Sulung Negara Ini Mengambil Masa Selama 2 Tahun Yang Mana Pembinaannya Bermula Sejak Tahun 1977 Dan Siap Dibina Sepenuhnya Dalam Tahun 1979.
Sejurus Selepas Siap Dibina, Terowong Ini Dibuka Secara Rasminya Dalam Tahun Yang Sama Iaitu Pada Tahun 1979 Dan dirasmikan Oleh Bekas Menteri Kerja Raya dan Komunikasi Pada Ketika Itu Iaitu Dato Abdul Ghani Gilong.

Terowong Jalan Raya Di Genting Sempah Ini Juga Pernah Dinobatkan Sebagai Terowong Jalan Raya Yang Paling Panjang Di Malaysia Sebelum Kedudukan Tersebut Dirampas Oleh terowong SMART Yang Sepanjang 4 Kilometer.

Asalnya Terowong Ini Dibina Sebagai Terowong Tunggal Dengan Dua Lorong Sahaja. Dalam Tahun 1995, Terowong Tersebut Telah Dinaik Taraf Dari Terowong Tunggal Dengan Dua Lorong Kepada Terowong Berkembar Dengan Empat Lorong. Seperti Apa Yang Kita Dapat Lihat Pada Hari Ini.
Proses Naik Taraf Terowong Jalan Raya Pertama Di Malaysia Ini Akhirnya Siap Dibina Dalam Tahun 1997 Dan Ia Telah Memudahkan Rakyat Yang Melalui Jalan Tersebut Untuk Menjalani Rutin Harian.

Kredit Sumber By Google. akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.