MAIN MENU

Footer Pages

30 Jan 2025

SEJARAH ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS PAHANG

SEJARAH ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS PAHANG

SEJARAH ASAL USUL NAMA BUKIT BETONG KUALA LIPIS PAHANG
Kampung Bukit Betong merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Lipis, Pahang.
Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, pada tahun 1505 Orang Asli dalam perjalanan dari Kuala Selinsing yang menyusuri Sungai Jelai telah terdengar siulan burung terkukur yang amat merdu. 

Mereka terpegun melihat burung tersebut yang sedang bersiul di sepohon rumpun buluh yang terletak di atas bukit. Tiba-tiba kedengaran tangisan seorang bayi di kawasan tersebut.

Setelah diamati tangisan itu datangnya dari rumpun buluh yang sama. Rupa-rupanya tangisan tersebut ialah tangisan seorang bayi perempuan yang tidak tahu dari mana asal usulnya.

Menurut kisah yang diceritakan oleh orang-orang terdahulu, bayi perempuan tersebut merupakan seorang puteri yang bernama Puteri Buluh Betong. Bersempena dengan peristiwa tersebut kampung ini telah mendapat nama Bukit Betong dan bermulalah penempatan awal di kampung ini. Pada awal kurun ke-19, pentadbiran kampung ini telah ditadbir oleh Orang Besar Berempat. 

Orang Besar Berempat merupakan kerabat Di Raja dalam Negeri Pahang yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai. Kawasan pentadbirannya bermula dari Ulu Jelai sehingga Kuala Tembeling iaitu bermula dari ulu sehingga ke muara sungai di sempadan daerah Jerantut. akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.