Asal usul nama Berserah Beserah ialah sebuah mukim dan bandar pantai yang terletak di daerah Kuantan, Pahang, Malaysia. Mukim Beserah merupakan sebuah kampung yang kedudukannya di antara Bukit Beserah hingga ke Bukit batu Hitam. Keluasan kawasan jika diukur dari laut hingga ke Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan termasuk dalam mukim tersebut.
Kisahnya bermula Haji Senik membuat keputusan untuk berpindah ke kawasan baru. Beliau mengarahkan orang paling handal di kalangan rombongannya yang bernama Muhamad Arshad untuk meninjau kawasan yang dipanggil orang Sungai Beruang. Maka bergeraklah Muhamad Arshad ke kawasan yang kini dikenali sebagai Kg Pelindung. Tidak berapa lama tibalah haji Senik dan ahli rombongan ke situ.
Malangnya kawasan itu didapati tidak berapa subur disamping binatang buas yang menggangu keselamatan ahli rombongan Patani itu. Keputusan dibuat untuk mencari kawasan baru dan akhirnya tidak jauh dari situ mereka mendarat di tebing sungai yang tidak jauh dari pantai. Orang asli mendiami kawasan itu senang dengan Haji Senik dan hidup bersama dengan penghuni baru.
Di satu masa wabak melanda, anak buah mula berfikiran tanah yang baru dibuka itu tidak baik untuk didiami. Namun Tuan Haji Senik meminta mereka bersabar dan bertawakkal (berserah) kepada Allah. Haji Senik berdoa dan berzikir memohon kepada Allah agar disembuhkan penyakit yang melanda. Tidak berapa lama penyakit hawar yang melanda hilang. Dari peristiwa itu orang memanggil penduduk di sini orang Berserah dan akhirnya tercatatlah nama BERSERAH.
Sumber : akuanakpahang.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.