MAIN MENU

Footer Pages

2 Mac 2024

TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN

TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN

TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN

TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN

TRADISI MENUBA IKAN SUNGAI PAHANG 1930AN
Tradisi Menuba ikan Sungai Pahang 1930an

Apabila Baginda Sultan Pahang berkenan mencemar duli ke kampung-kampung terdapat beberapa acara diadakan. Antaranya menuba ikan disungai pahang. Acara tersebut dimulai dengan mencurahkan air akar tuba yang disediakan dalam beberapa perahu, dengan dimulai oleh pawang diraja di sebelah hilir.

Antara nama Pawang yang popular ketika itu adalah Pawang Nong dari cheka dan Pawang Kadir dari Durian Tawar tidak lama kemudian ikan akan timbul dan sultan berkenan mencemar duli mengambil ikan yang pertama. Selepas itu rakyat jelata pun dibolehkan mengambil ikan yang timbul dipermukaan air beramai ramai menggunakan perahu menjadikan suatu pesta yang sangat meriah.

Ada yang menangkap ikan menggunakan serampang tempuling jala sauk candek atau dipedak hanya menggunakan tangan sahaja dan bermacam cara. Rakyat jelata amat berasa bertuah dapat menikmati hasil tangkapan ikan sungai yang dikira amat istimewa pada ketika itu. Apabila dirasakan semua yang ada telah mendapat bahagian, acara tersebut akan ditamatkan dengan Pawang yang hadir dengan cara serapah atau jampi menawarkan kembali air Sungai Pahang dengan cara yang tertentu seperti mencelupkan tanganya ke dalam air. Hebatnya peranan Pawang pada ketika itu, air sungai sudah kembali seperti biasa.

Foto: Pesta menuba ikan bersama Baginda Tuanku di Kuala Tahan tahun ini telah dirakamkan sekitar tahun 1930an. Sumber Google by : akuanakpahang.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.