Kubur tentera British kolonial British di Kampung Pasir Tambang, Kuala Tembeling, Jerantut. Kisah yang terkait disini tercetusnya peristiwa serangan oleh Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau ke atas kubu British di Pasir Tambang, Kuala Tembeling. Salah satu kubur itu tercatat nama Alfred Edward Cyrill Franklin yang lahir pada 18 Jun 1875 dan mati pada Mei 1915. Beliau adalah Suprintendent Hulu Pahang yang terkorban semasa pertempuran di Jeram Ampai melibatkan Dato Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau pada tahun 1894, Dua kubur tersebut terletak di atas bukit di Kampung Pasir Tambang di dalam kebun kelapa sawit. Kubur ini didakwa adalah dua tentera British mati kerana berperang dengan Pahlawan Pahang dan penduduk kampung ketika itu. Sumber :
akuanakpahang.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.