BURUNG PEKAKA HUTAN - Tidak diketahui apa jenis burung ini cuma diketahui namanya sahaja, disebut Burung Pekaka dikalangan orang melayu terdahulu. Didalam amalan orang melayu dahulu bila burung ini berbunyi dan mengeluarkan suara yang agak seram biasanya di waktu hampir senja kala atau didalam loghat Pahang sebut waktu sibat hari. Tidak selalu kedengaran cuma ada ketika dan masa-masa tertentu sahaja. Pada kebiasanya suara burung ini akan membawa maksud yang baik atau tidak baik dan akan di fahami oleh mereka yang tertentu sahaja. Bomoh atau Pawang dikampung tersebut.
Dikalangan orang-orang biasanya bila terdengar suara burung ini mereka akan berkata: "Berita baik bawa mari, berita buruk bawalah pergi." Selepas dilafazkan sedemikan maka suara burung dan burung itu akan berlalu pergi. Begitulah kisah yang pernah di cerita dahulunya, kini suara burung ini sudah amat sukar kedengaran mungkin waktu sudah merubah segalanya ditambah sudah ketiadaan Bomoh dan Pawang yang masih mengamalkan perkara-perkara tertentu didalam amalan kehidupan mereka. Sumber kredit dan dicatat oleh : akuanakpahang.blogspot.com
INFORMASI BERITA PENGETAHUAN SEJARAH TOKOH PAHLAWAN AGAMA POLITIK ADAT RESAM KEBUDAYAAN DAN NUMISMATIK
MAIN MENU
▼
Footer Pages
▼
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.