MAIN MENU

Footer Pages

15 Jun 2021

INFO DAN SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR JERANTUT SKBJ

SEKOLAH KEABGSAAN BANDAR JERANTUT

Menurut info dan sejarahnya pada 4 Februari 1957, bangunan sekolah yang didirikan. Pada hari pertama persekolahan dibuka seramai 23 orang murid didaftarkan iaitu 13 orang untuk memasuki sekolah untuk Darjah Satu dan 10 orang pula akan belajar ke Darjah Dua.

Encik Mohamad Mohd Amin adalah guru dan juga guru besar pertama sekolah itu. Encik Mohamad Said, guru pelawat Jerantut turut hadir bagi merasmikan bangunan sekolah tersebut.

 Selama 8 tahun dirikan, murid sekolah itu kian bertambah, pelbagai usaha telah dilakukan dengan mendirikan bangunan tambahan yang didirikan secara gotong royong, namun keadaan sekolah itu tidak dapat menampung murid yang semakin bertambah.

Pada bulan Mac 1963, sekolah ini mula mengadakan sesi dua sidang iaitu sidang pagi dan petang. Keadaan ini berterusan sehinggalah kerajaan memperuntukan bangunan dan tapak baru yang terletak di kawasan sekolah yang sedia ada sekarang.

Pada 10 Januari 1965, Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut mula menggunakan bangunan kayu mengandungi enam bilik darjah dan bangunan itu digunakan bagi menampung keperluan.

Kepesatan bandar Jerantut semakin berkembang, penduduknya semakin bertambah,pada tahun 1974, kekurangan bilik darjah mendesak kembali. sekolah terpaksa mewujudkan kembali sekolah dua sesi bagi menampung murid yang bertambah.

Pada bulan Disember 1979, satu blok bangunan tiga tingkat siap dibina mengandungi 8 bilik darjah, 2 bilik serbaguna, pejabat sekolah, bilik guru besar, setor dan tandas termasuk blok kantin . Pada awal 1980 bangunan itu dapat digunakan. Oleh kerana kekurangan perabot, sekolah ini masih beroperasi dalam dua sessi dan pada 1981 barulah kesemua murid belajar dalam satu sesi. Sumber : SKBJ

SEKOLAH KEBANGSAN BANDAR JERANTUT

Terkini bangunan ini masih digunapakai untuk kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Kredit gambar  : akuanakpahang.blogspot.com & FB Potret Jerantut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.