MAIN MENU

Footer Pages

25 Mei 2021

ASAL USUL NAMA KAMPUNG PERLOK, ULU CHEKA, JERANTUT

KAMPUNG PERLOK
Kampung Perlok Ulu Cheka, Jerantut

Kampung Perlok, Ulu Cheka, Jerantut
, lebih kurang 19.5 kilometer dari bandar Jerantut dan mengambil masa perjalanan lebih kurang 30 minit perjalanan daripada bandar Jerantut. Kampung Perlok juga diantara nama-nama kampung yang terdapat di kampung Ulu Cheka. 

Asal nama Kampung Perlok ialah bermula dengan perkataan "Teluk".Semasa zaman British perkataan teluk telah bertukar menjadi "Periuk" kerana berdasarkan faktor geografi muka buminya yang dikelilingi banjaran gunung ganang & bukit bukau.Lama kelamaan nama Kampung Periuk telah bertukar kepada "Perlok", kemungkinan mengikut loghat tempatan.

Kampung Perlok Ulu Cheka Jerantut

Secara asasnya Kampung Perlok telah dibuka oleh allahyarham Pawang Nong Taib bin Santan.Setelah diperkenankan oleh Baginda DYMM Sultan Pahang ketika itu Almarhun Tuanku Sultan Abu Bakar,seramai 38 orang penduduk dari Kampung ulu cheka diizinkan untuk menduduki Kampung Perlok.
Pada masa itu keadaan Kampung Perlok adalah hutan belantara yang menyebabkan penduduk terdedah kepada serangan hidupan liar terutama gajah liar, maka penduduk berpindah semula ke Kampung Ulu Cheka.Kampung Perlok telah dibuka semula pada tahun 1961 & dibuka oleh 11 orang individu dan kekal hingga kini.

Sumber Rujukan: Buku sejarah Pembukaan Kampung Dalam Mukim Hulu Cheka (Penulis : Allahyarham Hj Akim bin Hussin) @ akuanakpahang.blogspot.com & Potret Jerantut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.