MAIN MENU

Footer Pages

25 Apr 2015

APA MAKSUD KONDISI UNC, AU, EF, VF, FINE DAN POOR

KONDISI @ CONDITION MERUJUK KEPADA KONDISI WANG ATAU SESUATU BANKNOTE GRED NOTE YANG DIGUNAKAN DENGAN ISTILAH NUMISMATIK YANG TERTENTU : UNC, AU, EF,VF, FINE DAN POOR

WANG KERTAS / NOTED

APA MAKSUD UNC?

Uncirculated (UNC)
Sempurna, setiap penjuru duit adalah tajam, tiada kesan lipatan, warna tidak pudar, kertasnya kukuh dan bersih.

APA MAKSUD AU?
About Uncirculated (AU)
Kelihatan sempurna tetapi bahagian tengah atau penjuru terdapat sedikit kesan lipat, mempunyai penjuru yang tajam, tiada kesan calar, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

APA MAKSUD EF ?
Extremely Fine (EF)
Maksimum 3 kesan lipat yang minor atau 1 kesan calar, mempunyai penjuru yang tajam, warna tidak pudar dan permukaan bersih.

APA MAKSUD VF?
Very Fine (VF)
Terdapat beberapa kesan lipatan, permukaan sedikit kotor, warna sedikit pudar, penjuru mungkin koyak tetapi tidak pada bahagian sisi, masih mempunyai penjuru yang tajam dan kertas masih kelihatan keras.

DAN APA MAKSUD FINE?
Fine (F)
Terdapat banyak kesan lipat dan calar. Terdapat sedikit kotoran, sisi mungkin terkoyak sedikit atau terdapat lubang staple atau lubang pin tetapi tidak ditengahnya. Warna kelihatan masih elok tetapi tidak terang.

POOR (P)
Kualiti sangat rendah
Suatu keadaan wang yang sangat miskin, buruk dan usang. Mungkin tidak sempurna sepenuhnya.

DUIT SYILING

Poor / Fair (P)
Tulisan dan gambarnya amat sukar dibaca. Namun keseluruhan reka bentuk masih dapat dilihat. Biasanya tidak dihirau oleh para pengumpul.
Good (G)
Tulisan dan gambarnya pudar tapi masih dapat dibaca. Permukaannya telah diratakan. Sebahagian daripada tulisan mungkin sukar dikenalpasti. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah. Melainkan ianya duit syiling yang sukar dijumpai, ia tidak digemari oleh para pengumpul.
Fine (F)
Masih menunjukkan keseluruhan reka bentuknya. Terdapat kesan calar dan pinggiran yang pecah.
Very Fine (VF)
Terdapat kesan calar, bukti penggunaan yang terhad. Terdapat tompok pada permukaan, namun tulisan dan gambaran jelas kelihatan.
Extremely Fine (EF)
Terdapat bintik tompok pada permukaan. Masih jelas dan tajam kelihatan. Warnanya masih terpelihara.
Uncirculated (UNC)
Tiada kesan calar ataupun pecahan. Kesan calar yang amat sedikit mungkin disebabkan oleh ketidak sempurnaan semasa penempaan. Syiling yang lama mungkin kelihatan sedikit warna asalnya.
  
Brilliant Uncirculated (BU)
Warna asal yang jelas. Tiada kesan kotoran atau kesan calar.
Fleur de Coin (FDC)
Proses penempaan yang sempurna, tiada kesan calar. Warna asal yang jernih. Biasanya digunakan untuk syiling Peruf (Proof)
Proof (PROOF)
Sering dijalankan dengan menggunakan acuan yang dikilatkan dan mengenakan dua kali ganda tekanan ke atasnya bagi memastikan acuan dipenuhi sepenuhnya. Salah satu kriteria utama ialah mereka mempunyai permukaan yang tajam dan amat jelas.

AAP - Perkara mudah untuk difahami disini : ada kesan lipat jatuh vf, ade kotoran jatuh fine, ada hole jatuh poor. Entri sekadar perkongsian dan pengetahuan bersama bagi peminat dan pemgumpul wang lama didalam dunia Numismatik sahaja.



Wassalam, Wa'allahhualam.

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.