Sumber Gambar Kredit : Facebook Anak-Anak Lipis
Nasi Kebuli ini adalah makanan tradisional Negeri Pahang khusunya bagi Daerah Lipis seperti yang dicatatkan pada Muzium Warisan Kuala Lipis. Mengikut sejarah, Nasi Kebuli diperkenalkan pada tahun 1944 oleh Hussin dari Kampung Kuala Kenong, Kuala Lipis.
Kewujudan nasi ini bermula apabila Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Shah ( 1914 – 1917) bersama 60 orang pengikutnya mudik ke pekan Kuala Lipis dan berhenti di Kuala Kenong. Baginda bertemu dengan Hussin dan menyatakan hasrat ingin memakan nasi berlaukkan ayam kampung. Hussin memasak nasi tersebut dan menghidangkan kepada Sultan. Berdasarkan peristiwa itulah lalu dinamakan Nasi Kebuli sempena nama Ke Bawah Duli.
Bahan-bahan untuk memasak Nasi Kebuli
- 1 kilo beras wangi
- 1 ekor ayam
- 2 sudu lada hitam
- 2 sudu ketumbar
- 10 ulas bawang merah
- 2 inci halia
- 3 batang serai
- 1 inci lengkuas
- 1 inci kunyit hidup
- minyak untuk menggoreng
- daun tutur @ daun tutor untuk menutup nasi
Nasi kebuli yang sudah hampir masak ditutup dengan daun tutor
Sumber Gambar : http://jeramlandak.blogspot.com
Cara-cara memasak Nasi Kebuli.
- Ayam dibersihkan dan dibuang lemak ( buang lemak ke buang kulit ? ) Gaul bersama garam dan kunyit yang ditumbuk halus dan diperap selama 4 jam
- Hiris bawang , halia dan serai nipis-nipis dan direndam sekejap
- Basuh lada hitam dan ketumbar, juga direndam sekejap
- Rebus ayam bersama bahan-bahan 2 & 3 sehingga empuk. Angkat dan toskan.
- Ayam digoreng sehingga kekuningan.
- Basuh beras dan toskan. Kemudian digoreng beras sehingga retak/patah dan masukkan air rebusan ayam. Biar mendidih sehingga masak. Kemudian tutup dengan daun tutur.
- Hidangkan bersama ayam.
Wassalam, Wa'allahhualam.
tak pakai daun kebuli ya
BalasPadamDaun tutor Mana nk cari
BalasPadamDaun tutor tu digunakan untuk menyerap minyak.. sy anak jati Kg. Kuala Kenong, zaman dulu orang tak guna minyak sawit,difahamkan mereka guna minyak buah kepayang untuk masak nasi kebuli ni, zaman nie dah tak jumpa lagi kot orang buat minyak kepayang jadi lebih praktikal guna minyak sawit.Tapi tentu sahaja rasanya berbeza.
BalasPadamSaya pun anak jati Kuala Kenong.Semua yg di beritahu oleh saudara izardi memang betul.
BalasPadamSaya dtg sini sbb tgh gugel daun tutor.. baru seminit tadi tahu akan kewujudan dan fungsinya melalui cenel youtube maklong kitchen. Episod nasi kebuli. Beliau pon bitau guna sbg ganti paper towel
BalasPadam