MAIN MENU

Footer Pages

21 Jan 2015

PAIP PAHANG KECUALIKAN BIL AIR SELAMA SEBULAN

KUANTAN - Semua pengguna air domestik di Pahang dikecualikan daripada membayar bil itu bagi bulan ini.  Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, langkah itu antara usaha kerajaan negeri mengurangkan beban rakyat yang terbabit banjir baru-baru ini.

"Seramai 310,000 pengguna domestik terlibat dan kos yang ditanggung oleh Pengurusan Air Pahang (Paip) adalah sebanyak RM5.58 juta," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa negeri di Yayasan Pahang di sini, hari ini.

Menurutnya kerajaan negeri memahami kesulitan membayar bil air bulan ini memandangkan ramai kalangan mereka menggunakan air dalam jumlah yang banyak bagi mencuci kediaman dan peralatan rumah masing-masing selepas banjir.

Beliau berharap Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengikut langkah Paip bagi mengurangkan beban kewangan yang dihadapi mangsa banjir.

Dalam pada itu Adnan berkata, mangsa banjir di negeri ini yang kehilangan geran tanah akibat bencana itu diminta membuat laporan polis sebelum membuat permohonan kepada Pejabat Tanah dan Daerah.

"Mereka boleh kemukakan laporan polis kepada pejabat tanah dan daerah bagi membuat permohonan mendapatkan geran tanah baharu," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan mempercepatkan pemberian bantuan RM500 kepada keluarga mangsa banjir secara berperingkat mulai minggu ini. - Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.