Masalah krisis air didaerah ini juga mendapat perhatian Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Menteri Besar Pahang, mereka telah berkunjung ke loji air Batu Embun, Jerantut dan melihat sendiri situasi krisis ini.
Mungkin kawasan yang agak tinggi masih tidak mempunyai air, mungkin ianya memerlukan sedikit masa berbanding kawasan yang rendah. Semoga perkara ini menjadi iktibar bersama. Jangan jadikan ianya suatu keselesaan bagi kita semua. Jangan lupa apa yang terjadi selama 9 hari di Daerah Jerantut yang terputus Bekalan Air.
Jangan terlalu alpa dan seronok dengan rahmat dan nikmat yang Allah swt beri pada kita semua. Kerana pada bila-bila masa sahaja Allah swt boleh menarik kembali nikmat air yang kita perolehi ini. Terima kasih pada Allah swt kerana mempermudahkan segala urusan. Terima kasih pada semua pihak PAIP, BOMBA, MDJ dan juga tak lupa pada mereka yang mereka semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menangani krisis bekalan air daerah ini.
Sesungguhnya air itu ada rahmat, air menjana sebuah kehidupan. Tanpa air, maka akan hilanglah segala rahmatnya. Sebaiknya kita semua bijak menggunakan air jangan membazir dan amalkan terus cara menjimatkan air seperti mana pernah kita semua mengalami masalah air.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.