MAIN MENU

Footer Pages

9 Nov 2014

SUNGAI PAHANG, AIR PASANG DIJANGKA HINGGA 3.6 METER PADA MUSIM TENGKUJUH INI.

KUANTAN - Sungai Pahang dijangka mengalami air pasang sehingga 3.6 meter dalam tempoh musim tengkujuh tahun ini.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah Kuantan 2014 yang dimuat naik melalui Facebook Jabatan itu, memaklumkan air pasang bermula Oktober lepas iaitu 3 hingga 3.2 meter dalam tempoh 9 hingga 31 Oktober.

Bagi bulan ini, ketinggian air pasang pada 5 hingga 13 November dijangka setinggi 3.2 hingga 3.4 meter dan ketinggian meningkat kepada 3.5 meter pada 22 hingga 29 November.

Mesyuarat itu turut memaklumkan, paras sungai lebih tinggi berikutan air pasang dijangka lebih besar pada Disember dengan ketinggian mencapai sehingga 3.6 meter sekitar 20 hingga 28 Disember.

Difahamkan, hingga Ogos lepas, jumlah hujan yang turun sebanyak 971.8 milimeter iaitu 35 peratus berbanding purata tahunan dan menunjukkan masih berbaki  sebanyak 65 peratus.

Bagaimanapun, bagi September lepas, tiada air pasang tinggi.

Sementara itu,  Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Pahang mengalami ribut petir di satu dua tempat dan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai bermula semalam hingga Jumaat ini.

Di Cameron Highlands,  diramalkan berlaku ribut petir pada waktu petang dan suhu minimum 16 darjah Celsius dan maksimum 24 darjah Celsius.

Khamis ini pula diramalkan air pasang sehingga 2.91 meter pada lewat tengah malam di perairan Pulau Tioman.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memaklumkan, musim Monsun Timur 2014/2015 di Pahang dijangka bermula pada minggu kedua November depan dan berakhir pada minggu kedua Mac tahun depan.

Hujan lebat monsun yang pertama dijangka berlaku pada minggu ketiga hingga keempat November depan dan tempoh air pasang besar dijangka berlaku pada 24 November jam 11.08 malam manakala  pada 25 November air dijangka pasang pada jam 11.53 malam dan jam 12.38 pada 27 November. Sumber Sinar Harian Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.