Sebentar tadi Menteri Pengangkutan, Liow Tiong Lai telah menghantar surat kepada Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) negeri supaya memberhentikan operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekarang.
Operasi yang perlu di berhentikan serta merta oleh pihak JPJ
adalah penguatkuasaan ke atas plat nombor pendaftaran . Walau
bagaimanapun penguatkuasaan lampu HID dan Strobe Light tetap
diteruskan. Surat arahan telah dihantarkan kepada semua Pengarah Negeri
melalui khidmat faks untuk kepada anggota JPJ di setiap negeri. Sumber
Apa nak kata, ramai mereka telah menukar nombor plat kenderaan dan tidak kurang ramai juga telah disaman dan saman pun sudah dibayar... ada yang mendakwa kenderaan dipaksa hadir ke JPJ setelah disaman bagi tujuan pemeriksaan lanjut. Semua ini menyusahkan rakyat :(
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.