Diberitakan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di
pekan Ringlet, Kg Baru Ringlet & Kg Ulu Merah, Cameron Highlands, 7.00 malam ini. 05.11.2014. Sumber : Berita Harian Metro dan Gambar daripada Facebook. AAP - Semoga mereka semua selamat dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.
[DIKEMASKINI] Seorang lelaki dipercayai warga Nepal maut, manakala
seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disyaki hanyut arus deras dalam
kejadian banjir lumpur di pusat peranginan itu, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7 petang itu, empat lagi dilaporkan cedera
akibat tanah runtuh di beberapa lokasi antaranya pekan Ringlet, Kampung
Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.
Jurucakap bomba Cameron Highlands berkata, mangsa yang meninggal dunia
ditemui tertimbus di Kampung Ulu Merah akibat tanah runtuh. Berita selanjutnya DISINI
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.