MAIN MENU

Footer Pages

2 Nov 2014

BANGLADESH DAHULU 'KULI' SEKARANG SUDAH JADI 'BOS' DI CAMERON HIGHLANDS

KELIHATAN warga Bangladesh yang berniaga di pasar malam Kampung Raja, Cameron Highlands, Pahang sibuk menyusun ikan sambil menunggu pelanggan.

CAMERON HIGHLANDs 1 Nov. – Kemasukan pendatang asing khususnya warga Bangladesh di daerah ini atas alasan untuk menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor perladangan dan pertanian dilihat makan diri apabila mereka mula 'mengambil alih' perusahaan kebun sayur, buah-buahan serta bunga di kawasan peranginan itu. Satu sumber berkata, pada masa ini dianggarkan terdapat sekurang-kurangnya 500 kebun merangkumi pelbagai skala keluasan di kawasan berkenaan yang sedang diusahakan oleh warga Bangladesh dan meraih keuntungan besar daripada aktiviti tersebut.

Kata sumber itu, pendatang asing tersebut menjadi 'tuan' walaupun permit kemasukan mereka pada asalnya adalah sebagai pekerja kerana sanggup membayar kadar sewa kebun sehingga hampir sekali ganda lebih tinggi berbanding harga pasaran kepada pemilik tanah.

“Kadar sewa pasaran semasa adalah kira-kira RM800 untuk 0.4 hektar kebun namun pendatang asing yang mempunyai modal tidak kisah untuk membayar sehingga RM1,500 bagi keluasan sama menyebabkan pemilik tanah menyewakan kebun kepada mereka.

“Apa yang menghairankan ialah seolah-olah tiada pemantauan daripada pihak berkuasa dalam perkara ini sehingga memungkinkan ia berlarutan. Keadaan ini menyebabkan sedikit demi sedikit warga Bangladesh menguasai pengeluaran hasil tanaman seperti sayur, buah dan bunga di tanah tinggi itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sumber itu berkata, sektor pertanian dan perladangan di kawasan ini mendatangkan pulangan lumayan kepada pengusaha dengan menjana kepada ekonomi negara sehingga mencecah RM1 bilion setahun yang sepatutnya membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk menikmatinya.

Namun apa yang menyedihkan katanya, pendatang asing diberi ruang dan peluang untuk mengaut keutungan daripada keistimewaan serta kesuburan terdapat kawasan tanah tinggi tersebut.

Lebih mengejutkan, sumber itu mendedahkan bagaimana seorang warga Bangladesh berupaya meng­usahakan 36 hektar kebun yang dise­wa sejak lapan tahun lalu.

“Hasil aktiviti itu, dia dikatakan meraih keuntungan sehingga RM10 juta pada tahun lepas yang dikirim pulang ke negaranya selain hidup mewah termasuk memiliki sebuah rumah agam di Cameron Highlands.

“Malahan dia juga mampu meng­upah kira-kira 60 pendatang Bangladesh yang tidak diketahui sama ada memiliki permit atau tidak untuk bekerja di kebunnya.

“Oleh itu, jangan terkejut jika pendatang asing yang pada asalnya dibawa masuk sebagai pekerja menjadi 'tuan' di dalam sektor perladangan dan pertanian di Cameron Highlands seandainya perkara ini dibiarkan berterusan,” katanya. Sumber Utusan Malaysia

AAP - Moralnya jangan pandang sebelah mata... dimana ada kemahuan disitu ada jalan... sewajar anak tempatan dapat mengambil iktibar daripada semua ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.