Menurut sumber gambar ini adalah gambar perkhidmatan bas yang pertama di Negeri Pahang. Perjalanan bas ini melalui Banjaran Titiwangsa di Pahang telah melintasi laluan jalan raya dari Kuala Kubu ke Genting Semangkuk hingga
ke Teranum, Raub, Pahang dalam tahun 1907-1910. Gambar menunjukan jenis bas
pertama yang digunakan yang di sediakan oleh The Federated Malay States
Railways.
Sementara gambar diatas ini sumber mengatakan "Pahang Road" sama ada Jalan Pahang atau sememang diambil di Pahang. Jika diamati kenderaannya seakan sama sahaja. Yang pasti gambar-gambar ini dirakamkan sekitar tahun 1907 - 1910.
Wassalam, Wa'allahhualam.
saya dah lama menjadi silent reader blog ni.. tapi tak pernah pun tgk siapakah penulis di sebalik blog ni.. rupanya orang tanjung besar, ibu saya pun orang tanjung besar , anak arwah cikgu othman lajim ... salam perkenalan
BalasPadamWmslam... ramai yang ingin mengenali penulis sebelum ini, tapi penulis berasa segan nak letak gambar... :) untuk anda dan silent reader di blog ini. Penulis tampilkan seketika wajah dan sedikit latar belakang penulis terima kasih. Salam perkenalan drp saya.
BalasPadamSaya suka gambar-gambar lama. Ada kawan saya up gambar Pekan Sari Temerloh tahun 1932. suka tengok. Suka sangat blog ni, tak kisahlah org kate balik ke belakang ke. Asalkan bila paling ke belakang, kita ingat sapa diri kita. terima kasih tuan AAP.
BalasPadam