Alam ghaib merujuk kepada alam mistik, alam bunian dan dimensi ghaib atau alam yang mempunyai sifat berbeza dengan alam nyata ini. Ini termasuk alam kubur, alam akhirat, alam makhluk halus alam bunian dan sebagainya. Ala-aqlam yang dinyatakan diatas. Pada kebiasaanya, alam ghaib ini merangkumi makhluk halus seperti jin, orang bunian, belaan atau (saka), syaitan dan seumpamanya.
Pada masa kini, alam ghaib turut merangkumi alam mistik, alam bunian dan makluk halus. Alam ghaib tidak dapat dilihat dengan deria manusia, walaupun terdapat segelintir manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah dapat melihat alam tersebut yang mengaku memiliki deria yang cukup kuat (ampuh) sehinggakan dapat melihat dan berhubung dengan alam ghaib.
Disebabkan perubahan zaman, istilah yang berlainan digunakan. Sebagai contoh, pada masa dahulu orang percayakan tentang orang bunian yang menetap di alam ghaib. Pada masa sekarang pula orang bunian dipanggil pula makhluk asing yang tinggal di dimensi yang berlainan.
Alam ghaib memang termasuk didalam akal manusia. Sebagai contoh ada yang dirasuk, sawan dan gila ada yang tersesat dihutan kerana leka pada Allah dan lupa pantang larang memasuki hutan pasti hidup ini jangan lupa pada Allah agar kita tidak dirasuk dan sebagainya. Kebiasanya perkara seumpama ini akan berlaku dikawasan sunyi, hutan atau persekitaran itu sendiri yang tidak sesuai dengan alam manusia itu sendiri.
Sedikit sebanyak kita sebagai manusia perlu tahu hal, had dan batasan kehidupan ini agar kita tidak menggangu kehidupan alam makhluk yang lain. Sebagai contoh jika kita memasuki sesuatu kawasan yang tidak pernah kita masuki hutan, gua, lembah dan sebagainya berilah salam terlebih dahulu.
Banyak sekali pantang larang jika kita memasuki sesuatu kawasan hutan dan seumpamanya. Kita dilarang sama sekali berbuat perkara sedemikan :
1. Jangan bercakap besar dan takbur
2. Jangan berbuat perkara sumbang dan maksiat kerana mungkin banyak makhluk Allah lain yang sedang melihat perlakuan kita.
3. Jangan membuang air kecil dan air besar merata-rata sesuka hati didalam air, didalam lubang, diatas busut dan sebagainya. ( minta dan bagilah salam terlebih dahulu)
4. Jangan mencabut, mengkhainat atau mengambil apa-apa juga perkara didalam hutan tanpa ada keperluan sama sekali dan tanpa meminta pada pada penjaganya.
5. Akar kayu, ubatan atau herba juga jika diambil tanpa meminta terlebih dahulu mungkin tidak akan menjadi ubat, mujarab dan khasiatnya.
6. Jangan sesekali menegur perkara-perkara pelik.
7. Jika terjatuh didalam mana-mana lubang kecil dalam perjalanan dihutan, gantikanlah dengan kayu niat sahaja ini gantinya.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Fatihah 1:2)
Disini perlulah kita ketahui bahawasenya alam ini tidak hanya dihuni oleh manusia sahaja, yang pasti Allah mentadbir sekelian alam, pasti
bukan alam dunia dan manusia sahaja banyak lagi alam-alam yang lain dengan makhluk lainnya agar kita
mengetahui.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.