Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melancarkan satu produk inovasi iaitu
‘Airboat Taman’ yang juga inisiatif aktiviti rekreasi baru di Taman
Bandar Indera Mahkota. Selain dari tujuan rekreasi bot ini juga akan digunakan untuk operasi menyelamat sekiranya berlaku banjir di bandar Kuantan.
Bot ini mempunyai panjang 6246 milimiter (mm) dan lebar 2280 mm
menggunakan bahan bakar petrol dengan enjin jenis Subaru
1.8cc,horsepower 73hp. Selain it, kapasiti sebuah airboat ini memuatkan sembilan orang dalam satu masa.
Operasi airboat ini bermula sejak 1 Oktober lalu yang memulakan
perkhidmatan bermula dari jam 3 petang hingga 7 malam, manakala pada
hujung minggu dan cuti umum, operasi bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.
Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter berdekatan jeti dengan
kadar bayaran RM10 untuk seorang dewasa dan RM5 bagi kanak- kanak. Setiap perjalanan mengambil masa 10 hingga 15 minit. Antara aspek
keselamatan yang disediakan adalah jaket serta seorang petugas
keselamatan.
Tarikan baru di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan AIRBOAT TAMAN mula
beroperasi pada hujung minggu / cuti umum (10 pg - 7 mlm). Hari biasa
(3 ptg - 7 mlm). Juga sebagai persediaan untuk menghadapi musim tengkujuh.
Ianya boleh digunakan di air cetek sehingga kedalaman 6 inci sahaja.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.