Alhamdulillah YAM Tengku Mahkota Pahang menang dengan undi majoriti dan ditabalkan sebagai Presiden FAM yang baru. Tahniah, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) setelah mendapat 27 undi menewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meraih 12 undi.
Pada pusingan pertama pemilihan, Tengku Abdullah meraih 24 undi manakala Tunku Ismail meraih 15 undi namun pemilihan terpaksa diadakan semula kerana keputusan itu tidak mencapai majoriti dua pertiga mengikut Artikel 39.2 bagi pemilihan jawatan Presiden FAM. -UTUSAN ONLINE
Sekalung tahniah juga daripada kami, semoga dengan perlantikan YAM Tengku Mahkota akan menyemarakan lagi arena bolasepak negara dan
mengubah landscape sokongan dan kualiti bolasepak negara kelak.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.