Semasa pengambaran Dokementari Travel Log X-PLORASI RTM kami telah sempat untuk membuat aerial shot untuk Gua Hari Malaysia. Alangkah terkejutnya kami bila kegiatan penerangan hutan (pembalakan) oleh pemilik Ladang sedang dilakukan secara senyap-senyap dari pintu belakang. Kami masih belum dapat memastikan lagi adakan ini kerja Ladang LKPP atau Ladang TDSI. Kalau mengikut potongan terrain ini, memang akan keruhlah nanti Sungai Merapoh.
Akan hancurlah segala bunga Pakma Tikus yg hidup subur. Akan bertempiaran lari masuk kebun orang si Harimau Kumbang, Tapir, Rusa, Kambing Gua dan pelbagai hidupan liar lain. Kerja-kerja pembersihan hutan mereka sudah terlalu hampir dengan Gua Hari Malaysia. Jika perkara ini berlaku, maka bermula tahun hadapan kita hanya akan menghayati keindahan antara Gua Sungai Tercantik Malaysia melalui gambar dan video sahaja. Betapa rakusnya mereka dan para pemimpinnya menikus tak boleh buat apa-apa. Bila nafsu kerakusan menguasai segala kepentingan yang lain akibatnya generasi akan datang hanya mampu melihat kepingan gambar...Gua Hari Malaysia MERAPOH seperti telur di hujung tanduk.
SILA SHARE GAMBAR INI SEBANYAK YG BOLEH.BANTULAH KAMI. SAMA-SAMALAH KITA MENYELAMATKAN KHAZANAH YANG TAK TERNILAI HARGANYA INI. Sumber : Facebook X-PLORASI
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.