Kuala Lumpur: Pemilik kenderaan boleh dikenakan kompaun sebanyak RM300
sekiranya gagal menukar saiz nombor pendaftaran mengikut spesifikasi
ditetapkan selepas 15 Jun depan.
Tindakan sama juga dikenakan terhadap pemilik kenderaan yang
menggunakan cermin gelap yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan
pihak berkuasa. Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman Senior Asisten
Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, mengikut Kaedah 6(1)
Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran dan Perlesenan 1959),
nombor pendaftaran kenderaan wajib dipamerkan di bahagian hadapan dan
belakang secara menegak pada plat permukaan segi empat.
Katanya, kerajaan sudah
menetapkan spesifikasi khas untuk nombor plat kenderaan di Malaysia dan
hanya tiga bentuk nombor plat dibenarkan. “Jenis pertama huruf dan
nombor putih yang dilekatkan atas bingkai hitam tanpa corak.
Kedua,
huruf dan nombor putih yang dilekatkan atas bingkai merah bagi
kenderaan kedutaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan
International Natural Rubber Association manakala yang ketiga huruf dan
nombor hitam dilekat atas bingkai putih bagi teksi atau kereta sewa,”
katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, pihaknya memberi tempoh sebulan kepada pemilik kenderaan yang tidak tidak mengikut spesifikasi itu menukarnya. “Pada 16 Jun depan, operasi akan dijalankan untuk mengesan kesalahan ini dan kompaun dinaikkan kepada RM300,” katanya.
Mengulas lanjut mengenai penggunaan cermin gelap pada kenderaan, Mohd Fuad
berkata, pihaknya sudah menghantar usul kepada Kementerian Pengangkutan
untuk mewujudkan akta bagi mengambil tindakan ke atas kedai aksesori
yang menjual penapis filem kenderaan tidak mengikut spesifikasi.
“Spesifikasi
yang dibenarkan adalah penapis filem yang mempunyai ketelusan cahaya 70
peratus pada cermin hadapan manakala 50 peratus bagi cermin sisi dan
cermin belakang.
“Bagaimanapun, ada kenderaan yang
menggunakan penapis filem gelap hingga tiada ketelusan cahaya atau sukar
melihat pemandu di dalam kenderaan itu,” katanya. Beliau berkata,
tempoh sama diberikan kepada pemilik kenderaan yang membuat kesalahan
berkenaan untuk menukarnya sebelum dikenakan tindakan bermula 16 Jun
depan.
Di samping itu, pemilik kenderaan yang
menggunakan lampu kelip ala polis bagi mengelak kesesakan jalan raya
diberi amaran keras menghentikan penggunaannya berikutan ia dilarang
mengikut Akta Pengangkutan Jalan raya 1987. Sumber Metro
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.