Untuk tempoh 10 tahun, Malaysia perlu membayar kepada China sekitar RM3 juta kepada China setiap tahun untuk membela haiwan berkenaan. Perkara itu sepertimana dipersetujui dalam Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang ditandatangani antara Malaysia dan Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China pada 15 Jun 2012.
Untuk menempatkan pasangan panda, dianggarkan RM25 juta dibelanjakan untuk membina kompleks panda gergasi di Zoo Negara melibatkan kawasan eksibit khas berkeluasan 1.6 hektar.
Sejumlah RM15 juta ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala bakinya oleh kerajaan. Kos penjagaan panda oleh Zoo Negara pula dianggarkan RM1.5 juta setahun.
Sekiranya kedua panda membiak, Malaysia perlu membayar China sebanyak RM2 juta dan hanya boleh menyimpan bayi panda itu untuk tempoh 2 tahun.
Kesediaan kerajaan China meminjamkan beruang panda itu disifat sebagai simbol keakraban hubungan kedua negara yang bakal meraikan ulang tahun ke-40 jalinan diplomatik sejak 1974. Sumber: www.astroawani.com
Fakta sepintas lalu : Mengenai kos, menurut sumber setakat ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM60 juta termasuk untuk pembinaan rumah untuk haiwan berkenaan yang berjumlah RM25 juta, RM20 juta untuk tempoh sewaan selama empat tahun dan RM15 juta untuk kos penyelenggaraan.
** Tidak terkira berapa ratus juta perkara yang lainya kalau dikira dan didarab dengan perkara berkaitan dengan penjagaan kerana meminjam panda daripada china ini. :(
Wassalam, Wa'allahhualam.
Allohurobbii...membazir. Rakyat ramai lagi yang susah.
BalasPadamTerkejut jugak ngan berita ni.. :-(
BalasPadamDah pasti lepas ni tiket masuk zoo negara akan naik 38 kali ganda. Tungguuuuuuuuuuu
BalasPadamKlau dah bayar berjuta pada cina, itu dah bukan pinjam lagi. Itu dah sewa.
BalasPadamLIVING TESTIMONI DAN SAKSI!
BalasPadamnama saya ialah Puan Aisha Bukafia, i am berdedikasi Muslim dengan takut kepada Allah, saya ingin menggunakan media untuk mengingatkan semua orang yang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka adalah bulan everywhere.Few lalu, i adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. i tidak berputus asa sehingga rakan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang dipanggil Puan Emiliana wilson yang meminjamkan saya pinjaman MYR200,000 dalam masa 24 jam dari syarikat pinjaman beliau tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat pertama ansuran amaran saya 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakyat Malaysia rakan-rakan yang memerlukan pinjaman untuk menggembirakan mendaftar dan menghubungi Puan Emiliana wilson melalui e-mel: emilianawilson11@gmail.com Anda juga boleh menghubungi saya melalui email: mrsaishabukafia@gmail.com untuk maklumat lanjut kerana saya adalah seorang saksi hidup pinjaman ibu emiliana mnoey. Semoga Allah memberkati emiliana ibu.