MAIN MENU

Footer Pages

2 Mei 2014

GAMBAR SEKITAR LATA MERAUNG, LEMBAH KIOL, JERANTUT

(Air Terjun Lata Meraung, Lembah Kiol, Jerantut)
Lembah Kiol, yang dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika, amat sesuai untuk menenangkan jiwa dan emosi. Jika anda ingin merasai kesejukan air terjun, serta suasana pemandangan yang dikelilingi hutan menghijau, air terjun Lata Meraung di Lembah Kiol adalah jawapannya.

Di sini juga terdapat kawasan perkelahan, alam semulajadi yang didampingi oleh bukit-bukau, gunung-ganang, jeram semulajadi, flora dan fauna, senitanam landskap, tempat memancing, paver footpater, tangga dan juga tempat permainan sukan bagi kemudahan kepada para pelancong seperti lumba basikal, marathon dan sebagainya.

Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Perhutanan telah mengambil pelbagai inisiatif bagi memastikan para pengunjung ke sini berada dalam keadaan yang selesa seiring dengan keindahan alam semulajadinya.
 
 
 
 
 
(Padang Golf  Lata Meraung, Lembah Kiol, Jerantut)
Hari ini penulis berkesempatan berkunjung kesini namun keadaan air dan kawasan sekitarnya kurang sesuai utuk aktiviti bermandi manda. Kerana difahamkan kawasan ini mengalami hujan pada malam semalam, air besar dan keruh. Pasti jika tidak, musim hujan keindahan flora dan fauna amat menarik sekali disini. Dimana lokasi Lembah Kiol @ Lata Meraung Ini? Klik disini : LOKASI LATA MERAUNG

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.