PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas. Penamaan calon PRK Teluk Intan akan diadakan pada 19 Mei.
Dalam pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. Bagi kepimpinan pusat parti itu, Dyana dilihat sebagai calon yang sesuai untuk membantu menembusi kawasan majoriti Melayu.
Walaupun Teluk Intan merupakan kerusi majoriti Cina, ia mempunyai ramai penduduk Melayu. Kawasan ini terdiri daripada 42 peratus pengundi Cina, Melayu (38 peratus) dan India (19 peratus). Apa pun dibawah ini biodata ringkas Dyana Sofya Mohd Daud.
Nama Penuh : Dyana Sofya Mohd Daud
Umur : 27 Tahun
Asal : Ipoh, Perak
Agama : Islam
Status : Bujang
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda dari UiTM
Pengkhususan : Undang-undang (miliki firma guaman di Cyberjaya)
Kerjaya : Setiausaha Politik Lim Kit Siang Parlimen Gelang Patah
Ahli Keluarga : Ibunya, Yammy Samad, pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia
Arena Politik :
Dyana menyertai DAP pada 2012 dan
kemudiannya membantu kempen Kit Siang di Gelang Patah semasa pilihan
raya umum (PRU) ke-13 lalu. Beliau diperkenalkan sebagai setiausaha
politik baru Kit Siang ketika Konvensyen DAP selepas PRU 13. Ahli
politik berusia 27 tahun itu berasal dari Ipoh itu kini beroperasi dari
Gelang Patah.
Wassalam, Wa'allahhualam.
org perempuan cantik dan bujang memang sering diperkatakan. batul tak? hehehe
BalasPadam