Orang ramai dilarang menangkap, memiliki dan menjual spesis moluska (etak/remis dan kijing) diperairan sungai Negeri Pahang dan pesalah boleh di denda di bawah kaedah-kaedah perikanan (perairan sungai) 1991 Negeri Pahang - Dengan Perintah Pengarah Perikanan Negeri Pahang. Sumber Gambar Facebook.Kebiasaanya sudah menjadi perkara lumrah bila tiba musim kemarau atau musim air surut ramai orang akan mencari etak, remis dan kijing ini di sungai Pahang. Sememang kijing sedap dimasak berlada dan dibuat gulai lemak. Etak pula direbus dengan ramuan pilihan sedap dimakan begitu sahaja. Namun Notis diatas sudah melarangnya daripada kegiatan tersebut. Nampak gayanya lepas ini susahlah nak makan etak dan kijing.
AAP - Gamaknya bimbang kepupusan spesis moluska ini ?
Wassalam, Wa'allahhualam.
Barangkali larangan tersebut lebih kepada eksploitasi berlebihan seperti mengutipnya dengan banyak atau secara komersial dan menjualnya pula kepada orang ramai..
BalasPadamJika sekadar dikutip untuk dimakan sendiri tiada masalah.
Wallahu a'lam.