Bangunan Masjid Negeri ini telah dibina pada tahun 1888 oleh seorang
saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hassan. Beliau juga yang telah
mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. Pada asalnya, atap masjid
ini diperbuat daripada papan.
Masjid ini telah dijadikan Masjid
Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang sebelum ia
dipindahkan ke Kuantan. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang
berasal daripada Indonesia manakala anak tempatan yang pertama menjadi
imam masjid ini ialah Imam Kawi, iaitu imam kedua masjid ini. Pada masa
tersebut, gaji para Imam dibayar dengan menggunakan wang hasil dari
kutipan zakat. Imam pertama yang menerima gaji daripada kerajaan ialah
Imam Salih bin Hussin.
Menurut cerita orang-orang tua, salah satu keistimewaan masjid ini ialah ia tidak pernah ditenggelami banjir walaupun Bandar Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai ini juga tidak menjejaskannya walaupun banjir melanda.
Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato' Abu Samah (Setiausaha Kerajaan Pahang), Tun Abdul Razak bin Tun Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar. Sumber : Pejabat Daerah Kuala Lipis.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.