Kemalangan yang melibatkan sebuah lori sarat dengan nadir bumi Lynas produk meninggalkan komoditi bertaburan di atas jalan raya di Lanchang, Pahang, pagi ini, mengakibatkan bahan tersebut berhamparan dan jalan ditutup kepada lalu lintas.
TEMERLOH - Orang ramai di sekitar kawasan Lanchang dekat sini kini
berada dalam ketakutan dan berjaga-jaga akibat tumpahan cecair bahan
kimia dari lori Lynas awal pagi tadi. Menurut sumber pakar tentera dari
Kem Batu Lima akan cuba meletupkan sesuatu petang ini bagi memusnahkan
kesan radiasi di kawasan tersebut. Sementara itu pihak unit pembersihan
kimia dari Kuantan telah dipanggil untuk membersihkan kawasan terbabit.
Bomba juga kini sedang berusaha meneurtralkan bahan kimia berkenaan.
Sementara itu satu kumpulan pakar dari hospital berdekatan telah
dipanggil untuk tujuan yang sama.
Orang ramai dilarang melalui jalan lama Lanchang- Mentakab untuk ke
Temerloh dan kenderaan dilencongkan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
sekarang. Keadaan kini masih terkawal kerana Lynas telah menempatkan
beberapa orang petugas mereka untuk memantau keadaan. PDO News
*** Ada sumber menafikan bahan kimia yang tumpah itu ada radiasi. Bahan
terbabit ialah cecair CHLORIDE dan tidak merbahaya sebenarnya. Namun
ramai penduduk panik dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi
menggelakkan sebarang kemungkinan lain berlaku. Sumber : pahangdaily.blogspot.com
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.