MAIN MENU

Footer Pages

15 Mac 2014

NURSE PUN NAK CUBA KARPET TERBANG?

Gambar tiga jururawat HKL membuat aksi 'karpet terbang' yang hangat di laman sosial. Ketawa ubat mujarab tetapi nasib 3 jururawat ‘karpet terbang’ tidak menentu kerananya...

Ketawa adalah ubat terbaik namun nasib tiga jururawat Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mempersendakan bomoh Ibrahim Mat Zin masih tidak diketahui.

Dalam laporan sebelum ini, ketiga-tiganya mungkin digantung perkhidmatan, namun pengguna sosial media memberikan sokongan penuh kepada mereka.

Ketiga-tiga jururawat itu meniru aksi Ibrahim dengan "karpet terbang" dalam usahanya mencari pesawat MH370 yang hilang dan gambar mereka menjadi panas di media sosial dan kini masuk ke media cetak.

Pengguna laman sosial, Ken Loo dalam Facebooknya berkata:"Jika mereka perlu digantung, bomoh itu perlu dipenjarakan," mendapat ratusan "like", lapor akhbar The Star.

Bagaimana, kata The Star, disahkan kemudian HKL hanya menjalankan siasatan terperinci saja terhadap jururawat terbabit.

Susan Abraham berkata, lawak mereka menjadi ubat yang baik, manakala Sip Lee menyokong petugas perubatan yang gembira ketika bertugas dengan berkata:”Petugas yang cantik dengan senyuman di wajahnya akan membantu pesakit yang tertekan. Patut dibenarkan mereka mengembirakan yang tertekan," lapor akhbar itu lagi.

Jon Navaratnam juga membela mereka dengan berkata:"Mereka yang bekerja dalam bidang kesihatan selalu tertekan kerana kerja mereka antara 16 ke 24 jam secara shif. Jururawat ini hanya mahu bergurau senda. Biarkanlah mereka."

Iswardy Morni berkata, cara mereka membuat lawak untuk bergembira patut mendapat tawaran kerja.

"Jika mereka ditamatkan perkhidmatan, mereka boleh kerja dengan syarikat saya (kami pakar dalam bidang kesihatan). Kami memerlukan lebih ramai pekerja yang berani dan kreatif,” katanya.

Bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.

Kiran Nesarajah mempertikaikan bagaimana kelengkapan kesihatan dikendalikan sebagaimana yang terdapat dalam gambar itu.

Beliau berkata, alatan dalam gambar itu bukan alat permainan.

Jamielah Yaakob, seorang jururawat berkata, ia boleh dilakukan semasa bertugas tetapi bukan di depan awam.

"Ia boleh kekal di tempat private tetapi ia sepatutnya tidak dikongsi dalam media sosial," katanya.

Bomoh, Ibrahim mengejutkan dunia apabila datang ke KLIA dua hari berturut-turut membuat ritual pelik bagi membantu mencari pesawat MH370 yang hilang itu.

Hari pertama, dia dan pembantunya datang dengan bubu dan teropong buluh manakala hari kedua datang dengan dua biji kelapa dan permaidani yang dinamakan karpet terbang selepas itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan mereka dihantar oleh kerajaan namun sebuah laman web antarabangsa International Business Times (IBTimes) melaporkan, ada yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa tiada otak (brainless) apabila membenarkan kejadian seumpama itu.

Susulan dakwaan terhadap beliau, Ibrahim mengugut akan mendakwa mereka. Beliau juga dilaporkan berkata, akan menampar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar kerana menggesa beliau ditangkap. Sumber The Malaysian Insider

AAP - Nak suka-suka sudah dapat duka... kuat pengaruh tikar pandai terbang nie...

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 ulasan:

  1. Alamak..gurau2 jadi serius...kasihan lak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah gara-gara suka2 sudah dapat duka :(

      Padam
  2. x pasal2 misi ni ke penampor buaya kang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Agak-agak macam mana rupa penampor buaya itu?

      Padam
  3. Orang berusia dihormati kerana kata2nya, perlakuannya dan penampilannya.

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.