MAIN MENU

Footer Pages

18 Mac 2014

GAMBAR MASJID LAMA DAN KUBUR LAMA KAMPUNG TANJONG BESAR, BENTA, KUALA LIPIS, PAHANG

Masjid lama Kampung Tanjong Besar Benta, Kuala Lipis Pahang

Masjid lama kampung Tanjong Besar ini sebenarnya banyak menyimpan sejarah persilatan, perjuangan dan pembunuhan. Berhampiran dengan masjid lama Tanjong Besar ini terdapat kubur-kubur lama yang menggunakan batu sungai sebagai batu nisan.

Masjid lama Tanjong besar ini terletak berhampiran jalan utama. Jalan Jerantut - Benta. Mereka yang biasa menggunakan jalan utama ini tentu dapat melihat bagaimana bangunan ini berubah semakin usang tanpa mendapat perhatian.
Kawasan Perkuburan lama Kampung Tanjong Besar, Benta.
Terdapat Tanah Perkuburan lama bersebelahan dengan masjid lama di kampung Tanjong Besar, Benta. Pasti disini ramainya bersemadi Pahlawan dan mereka yang hebat dan terbilang di kalangan mereka yang sememang berasal dari kampung Tanjong Besar dan sekitarnya.

Sungai Rengai, Tanjong Besar, Benta.
Berhampiran masjid lama Tanjong Besar terdapat sebatang sungai yang dinamakan Sungai Rengai. Sungai ini digunakan oleh segenap mereka yang menghuni kampung ini tidak kurang sungai ini dahulunya pernah digunakan oleh Pahlawan Pahang untuk bergerak keserata kawasan ini. Sungai ini banyak menyimpan seribu satu kisah sewaktu waktu dahulu. Mengikut cerita dan sejarahnya sungai ini dahulunya begitu luas dan besar ada perahu dan pengangkutan air dan sebagianya. Namun hari ini ianya seakan sudah lenyap ditelan zaman.

Mungkin banyak rahsia dan cerita yang disimpan di masjid lama kampung tanjong besar dan tanah perkuburan lama  ini, yang mana tidak berapa sesuai dihebahkan kepada umum. Bukan semua orang boleh menerima semua cerita. Ada pihak yang mahukan cerita yang mereka telah biasa mendengarnya. Cerita yang tersembunyi dianggap menyongsang dan boleh menyebabkan pelbagaian andaian yang berpanjangan. Sumber asal : lamanpahang.blogspot.com.  

Akhir kata, semoga ada pihak berwajib yang dapat menjaga kebajikan tempat-tempat yang bersejarah ini. Dimana ianya memberi kesan lansung dan ada nilai sejarahnya bagi kampung Tanjong Besar ini kelak.

Olahan semula : akuanakpahang.blogspot.com.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.