Apakah misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370
yang ghaib daripada radar sejak 8 Mac lalu akan mula terjawab hari ini —
pada hari ke-13 usaha mengesannya?
Apakah objek yang dikesan
oleh satelit di selatan Lautan Hindi adalah bahagian daripada pesawat
Boeing 777-200 itu? Apakah petunjuk kali ini betul dan tidak seperti
beberapa petunjuk sebelum ini yang kemudiannya disahkan tidak betul?
Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengetuai misi mencari
pesawat yang hilang itu di jalur selatan dengan kerjasama Angkatan
Tentera Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika
Syarikat.
Awal hari ini, ia menerima imej satelit yang menunjukkan dua objek yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat yang dicari itu.
"Ini satu petunjuk. Ini mungkin petunjuk yang terbaik yang ada setakat
ini," kata Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan AMSA, John Young dalam satu
sidang media yang jadi perhatian dunia tengahari tadi.
Sumber dan selebihnya DISINI
MH370 - Bagai sudah ada memberikan petunjuk, namun bagaikan tidak memberi harapan.... andai ke laut hampalah harapan.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.