Carlsberg halal : Respons Jakim [JAN 10, 2014]
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini
menafikan memberi perakuan dan sijil logo halal kepada produk atau
syarikat yang mengeluarkan minuman keras.
Pengarah Hab
Halal jabatan itu Hakimah Mohd Yusoff berkata Jakim telah membuat
laporan polis di Balai Polis Putrajaya hari ini berhubung perkara itu
dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan di sini hari ini bagi mengulas
maklumat dan aduan yang diterima daripada orang ramai berkaitan gambar
tin minuman bir berjenama 'Carlsberg' tertera logo halal yang disebar
melalui media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
"Jakim
dengan ini menegaskan bahawa jabatan ini tidak pernah memberi dan
mengeluarkan perakuan serta sijil atau logo halal kepada produk atau
syarikat itu. Bahkan produk lain yang turut dikilangkan di kilang yang
sama turut tidak diberikan sijil halal walaupun ia bukan minuman keras,"
katanya.
Beliau berkata sebarang penyalahgunaan logo halal
oleh mana-mana pihak boleh diambil tindakan di bawah Akta Perihal
Dagangan - Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal
2011).
"Jakim menganggap penyebaran gambar minuman tin
berkenaan sebagai berniat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta
kredibiliti Jakim sebagai sebuah badan pensijilan halal Malaysia yang
berwibawa dan diiktiraf di dalam dan luar negara," kata Hakimah.
Beliau berkata penyebaran gambar itu boleh menimbulkan tanggapan negatif kepada Jakim dan boleh menyentuh sensitivi agama.
"Justeru itu, Jakim mengecam tindakan memalsukan logo halal itu, sama
ada secara sengaja atau tujuan prokosi kerana perkara ini boleh
merosakkan kredibiliti Malaysia sebagai peneraju pensijilian halal dunia
dan boleh mencetuskan polemik di kalangan masyarakat," katanya.
Beliau berharap pengguna tidak terpengaruh dengan berita-berita palsu
di laman sosial yang sengaja dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab
dan menghentikan penyebaran perkara sedemikian.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika
dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu. - Bernama
Wassalam, Wa'allahhualam.
nampak sangat tak masuk akal JAKIM bagi logo halal minuman keras
BalasPadamBenar saya pun berfikir begitu...
Padam