Imej laut bergelora kuat dari udara di perairan Sabah,Serawak dan Brunei yang di gembar gemburkan di halaman Facebook. Amaran Tsunami Bakal Melanda Dalam Tempoh 36 Jam ??
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengesahkan tiada amaran berjaga-jaga kemungkinan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam akan datang dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Jurucakapnya ketika dihubungi sebentar tadi berkata, tiada kawasan dikesan berlaku gempa bumi yang boleh menyebabkan tsunami termasuk dakwaan laut Brunei sedang bergelora. “Kami sudah menghubungi JMA dan agensi itu mengesahkan tiada amaran tsunami, begitu juga gempa bumi,” katanya. Pemantauan BH di laman sesawang JMA yang boleh dilayari menerusi www.jma.go.jp juga mendapati tiada amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa kaji cuaca terbabit. Semalam, tersebar khabar angin kononnya berlaku tsunami termasuk di perairan negara ini dalam tempoh 36 jam akan datang. Info dari radio amatur kononnya laut Brunei sedang bergelora yang ada petunjuk berlakunya tsunami. Khabar angin berlakunya tsunami mula tersebar berikutan fenomena ribuan ikan tamban `naik’ ke darat di Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, jam 8 malam semalam. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menafikan ia petanda tsunami bakal berlaku kerana tiada sebarang petunjuk mengenainya. -Sumber Berita Harian
AAP - Terkadang pelik juga ada pihak macam suka sangat akan berlakunya tsunami mula buat cerita yang pelik-pelik melebihi Jabatan yang telah di pertanggungjawabkan.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.