Diantara catatan yang pernah dicatatkan : Antara Mac hingga Julai 1892 berlaku pertempuran antara pahlawan-pahlawan Melayu dengan tentera upahan Inggeris di bawah Clifford di Kuala Lipis. Pada pertengahan Jun 1894 tercetus lagi pertempuran di Pasir Tambang dan Jeram Ampai, Kuala Tembeling sehingga kumpulan pahlawan Pahang berjaya menawan kubu British di sana. Namun pihak penjajah bertindak balas dengan melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap pahlawan-pahlawan Melayu serta melipatgandakan jumlah anggota polis Sikh dari Perak dan Selangor.
Bermula Oktober 1895 Inggeris meminta bantuan Siam. Berada pada situasi sedemikian Mat Kilau dan kumpulannya mengambil keputusan berundur ke Terengganu melalui Ulu Tembeling ke Petai Bubus. Jalan tersebut kini dikenali ‘Laluan Sejarah’. Selain daripada Datuk Bahaman dan Mat Kilau rombongan tersebut juga disertai oleh Tok Gajah, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela. Mungkin lagu dibawah ini ada kaitan dengan sejarahnya..
Lirik Lagu Menghilir Sungai Pahang - Lagu Rakyat Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)
Mari menghilir di Sungai Pahang
Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)
Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)
Penuh perjuangan
Wassalam, Wa'allahhualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.