MAIN MENU

Footer Pages

10 Nov 2013

PENGAWAL KESELAMATAN TEMBAK MATI PEGAWAI AMBANK TELAH DITANGKAP DI JOHOR ?

Pengawal keselamatan suspek dalam pembunuhan pegawai AmBank ditahan.
Kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya pada 23 Oktober lalu selesai berikutan tertangkapnya suspek utama kes tersebut pada jam 7.00 pagi tadi di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.

Sepanjang penemburuan suspek, 11 individu warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam akaun twitternya memaklumkan berita gembira tersebut.

Pengawal keselamatan itu menembak mati Norazita selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya. Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000. Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal berkenaan. Mynewshub.my Syabas PDRM! di atas kejayaan ini.

UPDATE 

SUSPEK yang dikehendaki polis bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank AmBank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu, di bawa ke Mahkamah Petaling Jaya selepas berjaya diberkas di Kota Tinggi, awal pagi tadi.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

1 ulasan:

  1. yang guna kad palsu dah kena tangkap, yg keluarkan kad tu bila lagi...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.