MAIN MENU

Footer Pages

3 Okt 2013

MODEL BAHARU VIOS 1.5J VARIANS 2013




UMW Toyota Motors hari ini membuat kejutan dengan memperkenalkan varians baharu model Vios 1.5J yang akan dipasarkan dengan harga model varians sebelumnya.

Bagaimanapun, bagi model-model lain dalam varians ini akan dipasarkan dengan sedikit perubahan harga.

Menurut Presiden syarikat berkenaan, Datuk Ismet Suki, Vios 1.5J tersebut merupakan salah satu daripada lima varians baharu keluarga Vios yang dilancarkan pada hari ini.

Jelas beliau, kelima-lima model varians baharu tersebut telah mula dipasarkan di negara sejak 1 Julai lepas pada harga antara RM73,000 hingga RM93,000.

"Sejak tempahan dibuka pada Julai lepas, kami telah mendapat tempahan sebanyak lebih 8,000 unit varians baharu ini.

"Kami yakin Vios varians baharu ini akan mencatatkan satu lagi kejayaan buat UMW Toyota Motors," kata beliau ketika berucap di Majlis Pelancaran Toyota Vios baharu di sini hari ini.

Kesemua model dalam varians baharu ini, tambah Ismet telah menjalani reka bentuk semula bagi memenuhi kehendak pasaran tempatan.

Model-model varians baharu ini adalah seperti berikut -

1. Vios TRD Sportivi (automatik) - RM93,200

2. Vios 1.5G (automatik) - RM88,500

3. Vios 1.5E (automatik) - RM82,900

4. Vios 1.5J (automatik) - RM77,300

5. Vios 1.5J (manual) - RM73,000

Sumber Utusan Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.