Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".
Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya
Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".
Ini ada fakta terbaharu yang ingin penulis kongsikan bersama. Artikel ini sunting daripada halaman Facebook Warga Raub Sejahtera didalam artikel tersebut mengatakan : Fakta terbaru mengisahkan nama RAUB telah dikaitkan dengan nama L.Raub seorang Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula menguruskan kerja-kerja melombong emas secara terbuka di Raub sekitar tahun 1850. Ini disebabkan jumpaan kubur Mary L.Raub, iaitu anak kepada L.Raub yang dilahirkan pada tahun 1856 di Raub dan disemadikan di Sempalit pada tahun 1932.
Dengan ini tanggapan bahawa Raub berasal daripada aktiviti meraup emas adalah tidak tepat dan sekadar mitos. Manakala nama Raub itu disabitkan dengan ramainya orang-orang Rao yang mencari emas juga masih boleh dihujahkan lagi atau mungkin juga itu adalah fakta utamanya. Kesimpulannya yang dicatat oleh penulis tersebut asal muasal nama Raub adalah daripada nama L.Raub, seorang Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat.
AAP - Apapun, sejarah mungkin akan berubah... jika terdapat fakta dan bukti yang kukuh berkaitan perkara tersebut dan ianya bukanlah perkara mustahil.
Wassalam, Wa'allahhualam.
Name: Mary Louise Raub
BalasPadamEvent Type: Death
Event Date: 09 Jan 1932
Event Place: Battle Creek, Calhoun, MI
Gender: Female
Age: 76
Marital Status: Widowed
Birth Date: 12 Mar 1856
Birthplace: Albion, Michigan
Birth Year (Estimated): 1856
Father's Name: Austin Church
Mother's Name: Mary Milinda Billings
Mary L.Raub adalah menantu, bukan anak L. Raub. Disemadikan di Michigan USA. Kenyataan disemadikan di Sempalit meragukan. Bagaimanapun cadangan nama Raub berkait dgn L.Raub adalah sangat kuat, lebih logik berbanding raup dan rao/rawo.
BalasPadamdi mana tempat kubur tersebut dekat sempalit?
BalasPadamjarang betol dengar nama Raub dikalangan orang barat ni.. haha
BalasPadam