Ali Rustam mahu kasino Genting Highlands ditutup.
Bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menggesa kerajaan menutup resort kasino Genting Highlands.
Laporan Nanyang Siang Pau hari ini menyebut, Ali mendakwa kasino berkenaan mewujudkan pelbagai masalah sosial dan jenayah. Beliau juga mendakwa menerima banyak aduan berhubung isu tersebut.
Ali dalam sidang media selepas satu taklimat bersama usahawan bumputera
di Melaka semalam berkata Genting Group tidak memberi sebarang
sumbangan kepada ekonomi Melaka walau dengan pendapatan tinggi dari
kasinonya.
Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
itu berkata kerajaan masih boleh mengenakan levi cukai ke atas resort
lain dan tidak perlu berganting kepada kasino Genting Highlands.
Gesaan itu dengan tangkas disanggah oleh setiausaha agung Pemuda MCA
Chai Kim Sen yang mendakwa kenyataan Mohd Ali itu sebagai usaha untuk
memperbodohkan rakyat dengan mempermudahkan masalah terbabit.
Beliau juga mendakwa Mohd Ali membuat kenyataan tersebut bagi menghadapi pemilihan dalam parti Umno. Chai berkata keputusan mengenai Genting Highlands perlu dibuat oleh kerajaan. Sumber : Malaysiakini.com
AAP - Amat bersetuju....
Wassalam, Wa'allahhualam.
bhahahaha.... x tau la nak kate ape... rse nak gelak pun ade.... waktu sedap duduk di atas knp x bt cadangan mcm ni?? owh baru terfikir..... ok2....
BalasPadamrase sukar nak usahakan casino ni tutup serta merta... so... apa kata tutup dulu pusat judi semua berunsur maksiat.... buat kedai2 yg kecik dulu.. baru bt yg besar.... ni kalau bt yg besar... mule la kata x dpt d laksanakan sbb bnyk kekangan.. skng arak pun jual kedai runcit kot....
pls la... gajah depan mata x nampak.... semut nuh seberang sana nampak.....
lagi 1 ckp buat.. jgn cakap janji d capati....
Setuju dgn pendapat awak!
Padamhehe
BalasPadamtak mustahil, tapi bukan semudah yang disangka.
banyak hal perlu diteliti, termasuklah kontak dan perjanjian yang telah disepakati (kebanyakannya memang kita tak tahu).
Lebih kurang jugalah macam hal nak tutup kilang arak carlsberg di shah alam. ramai yang marah menteri besar selangor, walhal banyak benda perlu diteliti dan sangat berkait rapat dengan kerajaan pusat.
Mungkin ada pihak yang bergantung sumbernya pada genting ini... :)
Padamkejap-kejap..ape kaitan genting yg kt pahang dengan negeri melaka? lol...dia nk suh genting buka apa2 projek kt melaka kot..saje bagi hint.kuikui..
BalasPadamTengah duk mikir juga apa kaitanya genting ini dengan negeri tersebut :)
PadamFeningnya ambe fikirkan kaitan Melaka dengan Genting...
BalasPadamDan lagi kalaulah hasil kasino tu bagi sikit kat Melaka maka tak tutup pun takpe la kan?...alahai Datuk Seri