Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 24 April 2009 telah
membincangkan Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam. Muzakarah telah
memutuskan bahawa di dalam Islam hukum bertatu iaitu pembuat tatu dan
orang yang meminta dibuat tatu adalah haram. Oleh itu, Muzakarah
bersetuju memutuskan bahawa orang yang telah bertatu wajib bertaubat dan
menyesal serta menghilangkannya dengan menggunakan kaedah teknologi
yang sedia ada jika tidak mendatangkan sebarang kemudharatan.
Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudharatan pada diri
dan nyawa, maka ia boleh dibiarkan dan dimaafkan. Bagi orang yang
bertatu dan tidak sempat menghilangkannya setelah meninggal dunia, maka
tatu tersebut tidak wajib dihilangkan kerana ianya akan menyeksa mayat
tersebut.
Muzakarah juga berpandangan bahawa pihak berkuasa yang meluluskan lesen
membuka premis membuat tatu perlu mengenakan syarat iaitu pemilik dan
pekerjanya mestilah bukan beragama Islam di samping orang Islam dilarang
sama sekali mencacah tatu di premis tersebut.
Keterangan/Hujah:
-
Hukum tatu adalah jelas dilarang dalam Islam. Ini berdasarkan kepada Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W
bersabda “ Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta
disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta
dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
-
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam
mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh
Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud : Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta
ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat
al-Thabrani)
-
Imam al-Nawawi dalam kitabnya al-Minhaj fi Sharh Sahih Muslim
menyatakan bahawa hukum bertatu adalah haram kerana perkataan laknat
dalam hadith Rasulullah S.A.W. menunjukkan pengharaman perbuatan
tersebut. Di samping itu juga, tempat yang ditatu tersebut akan menjadi
najis.
-
Islam tidak memberatkan umatnya. Kaedah yang digunakan iaitu
sekiranya sesuatu yang dilakukan itu boleh mendatangkan bahaya dan
mudharat pada diri, maka ia perlu dielakkkan. Kaedah ini juga terpakai
bagi seorang muslim yang bertatu dan telah bertaubat daripada perbuatan
tersebut.
-
Banyak cara diperkenalkan untuk menghilangkan tatu dan orang yang
memakai tatu perlu berusaha untuk menghilangkannya dan menggunakan cara
yang tidak membahayakan diri dan nyawa mereka.
- Mereka yang bertatu tetapi telah menyesal dan bertaubat dari perbuatan tersebut tetapi tidak boleh menghilangkannya dengan cara yang selamat, boleh melakukan ibadat solat dan ibadat-ibadat yang lain. Sumber : e-fatwa.gov.my
Wassalam, Wa'allahhualam.
cantik sangat ke bertatu tu ya.. conteng2 badan macam tu.. huhuu..
BalasPadami bet for those people who has visited this profile is 'curious' and wanted to gain their knowledge. unlike you. Pls let these people gain their knowledge and let us not judging them. Give them chance
BalasPadamMemang cantik pun bertatu
Cantik dimata syaitan!