- Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar |
|
- Datuk Abu Bakar Harun |
|
- Datuk Mohd Johari Hussain |
|
- Norolazali Sulaiman |
|
- Syed Ibrahim Syed Ahmad |
|
- Datuk Shahaniza Shamsuddin |
|
- Datuk Shahiruddin Ab Moin |
|
- Datuk Mohd Sharkar Shamsudin |
|
- Datuk Mohd Soffi Abd Razak |
|
- Datuk Wan Rosdy Wan Ismail |
|
- Datuk Shafik Fauzan Sharif |
Muka baharu Exco negeri ialah:-
Datuk Abu Bakar Harun (Adun Chini),
Datuk Mohd Johari Hussain (Tioman),
Norul Azali Sulaiman (Guai),
Datuk Shahaniza Shamsuddin (Kuala Sentul)
Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad (Kerdau).
Empat muka lama turut dilantik semula iaitu:-
Datuk Mohd Sharkar Shamsudin (Lanchang),
Datuk Ir Mohd Soffi Abd Razak (Benta),
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (Jelai)
Datuk Shafik Fauzan Sharif (Inderapura).
Bekas EXCO lama 2004 yang di lantik semula:-
Datuk Shahiruddin Ab Moin
Manakala ADUN BN dari MCA seramai dua orang,Datuk Lau Lee (Damak) dan Datuk Fong Koong Fuee (Cheka). MCA telah menyatakan tidak akan menerima pelantikan jawatan ekoran prestasi buruk parti itu pada PRU13.
Update :
KUANTAN – Menteri Besar, Datuk Seri
Adnan Yaakob mengumumkan portfolio Ahli Jawatankuasa Majlis Mesyuarat
Negeri (EXCO) di sini, pagi tadi.
Adnan sendiri memegang empat portfolio
iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pelajaran, Jawatankuasa
Pelaburan dan Perindustrian, Jawatankuasa Hal Ehwal Orang Asli dan
Kebajikan Masyarakat dan Jawatankuasa Badan-badan Bukan Kerajaan,
Jawatankuasa Perancangan, Kewangan, Tanah, Perhutanan, Sistem
Penyampaian Awam dan Jawatankuasa Khas Perpaduan.
Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin dilantik
sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan; Datuk Mohd
Soffi Abd Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar;
Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan
Perbandaran; Datuk Shafik Fauzan Sharif, Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani.
Datuk Shahiruddin Ab Moin, Pengerusi
Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan; Datuk Abu Bakar
Harun, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda; Datuk Mohd Johari
Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan; Norol Azali Sulaiman,
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.
Datuk Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi
Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia
dan Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan
Tugas-Tugas Khas. – BH Online
Tahniah kepada semua yang menjadi EXCO negeri Pahang bagi penggal ke 4. Semoga dapat memberi memberi perkhidmatan yang terbaik buat kerajaan dan rakyat negeri Pahang.
Wassalam, Wa'allahhualam.
selamat bertugas bapak bapak menteri... ^^
BalasPadam