Mengundi amat mudah, tetapi untuk memilih calonya amat payah. Jadi jika anda sekadar pengundi diatas pagar mungkin tips dibawah ini boleh membantu :
1. Masa untuk kita sebagai pemegang saham Malaysia - memilih pasukan
pentadbiran yang boleh kita harapkan untuk memulangkan keuntungan
pelaburan kita - hampir tiba beberapa hari saja lagi.
2. 222
kerusi Parlimen di seluruh Malaysia akan diduduki oleh pilihan majoriti
kita, membentuk pasukan pentadbir Malaysia yang baru (ke-13). 165
daripadanya adalah di Semenanjung Malaysia.
3. Memilih bukanlah perkara mudah apatah lagi jika pilihannya pelbagai, dan anda di atas pagar.
4.
Untuk itu, ka,i ingin kongsi kaedah mudah dalam membuat pilihan, khusus
bagi pengundi Melayu di atas pagar di Semenanjung Malaysia.
5. Pertama,
fokus pada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) saja. Kerana
hanya dua pasukan ini yang mampu membentuk pasukan pentadbir Malaysia
yang lengkap. Abaikan Bebas.
6. Dengan itu, PR kelihatannya sudah
mendahului 1 kerusi di Parlimen Pasir Mas Kelantan kerana BN hanya
bertanding di 221 kerusi.
7. Kedua, sebagai
Melayu kau harus pilih Melayu apatah lagi jika lawannya bukan Melayu.
Dalam pemilihan kali ini, BN mempertaruhkan 131 calon Melayu, manakala
PR pula 145.
8. Kita lihat dulu kerusi yang melihatkan pertembungan Melayu dan bukan Melayu dari BN dan PR, terutamanya di Semenanjung.
9.
Di Bukit Bendera, Lumut, Raub, Hulu Selangor, Pandan, Kota Raja, Bandar
Tun Razak, Telok Kemang, Simpang Renggam dan Tanjong Piai, PR
meletakkan calon Melayu dan BN sebaliknya. Manakala di Wangsa Maju dan
Gelang Patah pula BN Melayu dan PR bukan.
10. Bermakna, setakat langkah kedua, 11 kerusi untuk PR dan 2 untuk BN.
11. Ketiga,
sebagai Muslim kau harus pilih Muslim yang kelihatan lebih baik dari
kau dan kelihatan lebih baik dengan Tuhan dan manusia sekali gus.
12.
Secara teorinya, calon-calon sebegitu datangnya dari PAS yang berada di
dalam pasukan PR. Ada 65 kerusi ditandingi calon Melayu Islam PAS di
semenanjung.
13. 65 ditolak dengan 5 daripada 11 kerusi untuk PR tadi, bermakna tambahan 60 kerusi untuk PR, menjadikan PR 71 dan BN 2.
14. Keempat,
di kawasan Melayu Islam BN bertemu Melayu Islam PKR/DAP pilihlah
mengikut keperibadian calon. Akademiknya, cara hidupnya, usia dan
kepimpinannya. Aku syorkan usia muda dan taraf akademiknya mendahului
kriteria lain.
15. Dalam hal ini ada 44 kerusi Parlimen di semenanjung. Jadi keputusan terletak di tangan anda!
16. Kelima,
di kawasan bukan Melayu BN bertemu dengan bukan Melayu PR, pilihlah
calon dari pasukan yang didominasi Melayu. Dalam PRU13 ini, jelas PR
didominasi lebih calon Melayu.
17. Jadi, 48 kerusi lagi untuk PR menjadikan PR 119 (+-44) dan/atau BN 2 (+-44).
18. Begitulah seharusnya 165 kerusi Parlimen di semenanjung Malaysia di tentukan pemiliknya - mengikut lima kaedah mudah tadi.
19. Perlu diingatkan, kami mengesyorkan 5 kaedah di atas hanya untuk pengundi Melayu di atas pagar di semenanjung Malaysia.
20. 5 Mei ini, marilah kita yang layak, tunaikan tanggungjawab dan hak kita, memilih pasukan pentadbir baru untuk Malaysia kita! - Sumber Harakah
AAP - U/p Jangan buat undi rosak sia-sia datang mengundi... Selamat mengundi!
Wassalam, Wa'allahhualam.
satu lagi tambah, solat istikharah =)
BalasPadamSesak jalan weh...
BalasPadam