UNDANG-UNDANG DAN ANDA:
Seksyen 9 - Pemberitahuan perhimpunan
(1) Seseorang hendaklah, sepuluh (10) hari sebelum tarikh perhimpunan, memberitahu Pegawai yang Menjaga Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan.
(2) Subseksyen (1) tidak terpakai bagi -
(a) suatu perhimpunan yang diadakan di suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan; dan
(b) mana-aman perhimpunan lain yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
(3) Jika perhimpunan itu ialah suatu perhimpunan keagamaan atau
perarakan pengebumian, penganjur boleh memaklumkan Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis di mana perhimpunan atau perarakan itu hendak diadakan; dan
boleh, jika bantuan diperlukan untuk menyenggarakan kawalan trafik atau
orang ramai, meminta bantuan sedemikian.
(4) Pemberitahuan di
bawah subseksyen (1) hendaklah diberikan kepada Pegawai yang Menjaga
Daerah Polis di mana perhimpunan itu hendak diadakan secara pos
berdaftar Akuan Terima atau kiriman cepat atau dengan serahan tangan.
(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan
dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit (RM 10,000).
JADUAL KETIGA
[Perenggan 9(2)(b)]
PERHIMPUNAN YANG BAGINYA PEMBERITAHUAN TIDAK DIKEHENDAKI
Perhimpunan keagamaan
Perarakan pengebumian
Majlis perkahwinan
Rumah terbuka semasa perayaan
Pertemuan keluarga
Hari keluraga yang diadakan oleh majikan bagi manfaat pekerjanya dan keluarga mereka
Mesyuarat tahuan pertubuhan atau persatuan
Sumber dan Info : Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
Wassalam, Wa'allahhualam.
jom kita ke kuantan 505 malam ni :)
BalasPadamHehehe.. kalau dekat boleh juga join tu :)
Padam