MAIN MENU

Footer Pages

23 Apr 2013

TIPS UNTUK PERGI MENGUNDI PRU PILIHANRAYA UMUM KE 13

Tahun ini Pilihan raya umum untuk menentukan siapa kerajaan yang bakal memerintah Malaysia jatuh pada 5 Mei 2013 ( Ahad ) dan tahun ini dikatakan seramai 2.9 juta pengundi baru telah mendaftar untuk membuang undi pada tahun ini. Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian, penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.

Jadi sebelum anda pergi membuang undi di tempat masing-masing, apa yang perlu dilakukan? Jadi kami mahu kongsikan sedikit tips dan informasi dengan anda mengenai PRU 13.

Cara Mengundi Pada Pilihanraya Umum Ke-13 (pru13) Tanggal 5 Mei 2013, selaras dengan hari pengundian Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13), pemilih (pengundi) warganegara Malaysia yang berdaftar wajib mengikut beberapa langkah untuk mengundi.

LANGKAH 1
Pertama sekali, sebelum keluar mengundi, anda harus membawa bersama Kad Pengenalan anda yang akan disemak oleh kerani pengundian.

LANGKAH 2
Apabila tiba di pusat pengundian, anda perlu beratur di luar bilik mengundi dan hanya akan dibenarkan masuk oleh anggota polis yang mengawal pintu masuk tersebut.

LANGKAH 3
Seterusnya, kemukakan Kad Pengenalan anda untuk disemak oleh kerani pengundian pertama. Anda juga perlu tunjukkan tangan anda untuk diperiksa bagi memastikan tiada kesan dakwat pada jari-jari anda.

LANGKAH 4
Selepas itu, gerak ke kerani pengundian kedua yang akan minta anda meletakkan tangan anda di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari.

LANGKAH 5
Sebelum anda menerima kertas undi dari kerani pengundian ketiga, nombor dan nama anda akan ditanda oleh kerani pengundian pertama. Setelah nama anda disebut, ambil kertas undi daripada kerani pengundian ketiga.

LANGKAH 6
Langkah seterusnya ialah untuk anda bergerak ke petak undian dan tanda ‘X’ pada ruang calon dalam kertas undi anda. Ingat, anda hanya boleh memilih satu calon sahaja.

LANGKAH 7
Selepas selesai membuat pilihan calon, masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

LANGKAH 8
Apabila sudah selesai mengundi, anda tidak dibenarkan menunggu di dalam bilik mengundi dan harus keluar dari bilik mengundi dengan segera.

Proses pengundian akan diperhatikan oleh ejen-ejen calon yang dilantik dan jika anda mempunyai pertanyaan, anda boleh rujuk kepada Ketua Tempat Mengundi. - Sumber Google

Penting sebelum ada pergi mengundi ada baiknya anda membuat semakan daftar pemilih terlebih dahulu. Pastikan nama anda ada didalam daftar pemilih dan lebih mudah jika anda mengetahui dimana pusat mengundi, saluran dan masa untuk mengundi. SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DAN LOKASI TEMPAT MENGUNDI

Selamat mengundi! pilihlah untuk mengundi!

Wassalam, Wa'allahhualam.

2 ulasan:

Terima kasih di atas kunjungan anda ke halaman blog ini. Paparan blog lebih menarik jika anda menggunakan paparan versi website. Sebarang pertanyaan, pandangan dan cadangan. Sila email kepada pengarang. Terima kasih.